20110520

SAHABAT

 Assalamualaikum…

~Bagaimana keadaan iman anda???

Masih sihat, subur dengan semangat yang berkobar-kobar….


Sama-sama kita check semula iman kita.. sekiranya kita masih dalam kelalaian.. sama-sama kita ingatkan..

Sahabat…
Surah Al-Hujurat -13



Sebagai student nie.. yang selalu berada di sekeliling kita adalah sahabat kita.. Kita akan sering bersama dengan mereka tidak kira masa.. (lain la kalau korang x nak keluar bilik)… sememangnya.. peranan kawan merupakan antara peranan yang penting dalam pembentukan diri kita.. cuba pandang sekeliling anda… tengok kanan, tengok kiri.. imbau kenangan lalu.. Tanya diri kita.. siapa sahabat kita selama ini.. dan tengok pulak diri kita.. cerminkan diri kita pulak…

Perkara ini bukan suatu kemestian apabila kita menilai diri kita… namun ia merupakan salah satu faktor akan perkembangan diri kita.. sifat dan tingkah laku kita kadang-kadang akan turut dipengaruhi oleh sahabat-sahabat kita..

Sekiranya sahabat2 kita suka membaca.. mesti kita pun terpengaruh sekali habis tidak pun.. selalu jer g kedai buku.. kan..

Sekiranya diri kita ini suka menyanyie… mesti kawan-kawan kita turut terpengaruh dengan minat kita tu..

Sekiranya sahabat-sahabat kita suka shopping.. mesti kita tereffect sekali… g selalu jer giant n mydin tu.. hehee

atau maybe ada yang akan kata....


“Eh.. saya ok jer.. kawan saya semua couple.. tpi saya tak terlibat dengan mereka.. saya ada pendirian saya sendiri”

“kawan saya pakai baju ketat2 tpi saya masih lagi pakai tudung n baju yang agak longgar.. saya kawan dengan deorang sebab deorang jer yang faham saya macam mana.. deorang terima jer saya bila saya pakai macam nie.. jadi saya ok la…”

“…………………………………..”

Apabila sekeliling kita tidak menunjukkan akhlak yang baik.. namun harus diingat kita akan merasai tempiasnya walaupun sedikit.. masuk kedai pembuat parang pun dirasai bahanya.. inikan manusia biasa…

Sekiranya sekeliling kita tidak menunjukkan akhlak yang baik.. kita seharusnya kuat dan cuba tetap akan diri kita. Jangan sekali-kali dipengaruhi oleh sekeliling kita.. dan lagi baik kita berjaya mempengaruhi sekeliling kita untuk menjadi baik…
Semoga berjaya kita mengISLAMkan sekeliling kita yer…


Sahabat merupakan cermin kepada diri kita.. ~ jadi pilihlah sahabat dalam bersahabat...

Istimewa untuk sahabat ku…


Ketika saya mula memasuki IPG KDRI saya merasakan saya berada dalam dua dimensi yang berbeza.. berbanding di Kolej Matrikulasi Kedah dan sekolah menengah.. ianya memang berbeza namun ia mengungkap 1001 kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan..

Pelbagai peristiwa yang dapat kita kenang bersama.. aktiviti-aktiviti kelas yang rasmi atau pun tidak.. kita harungi bersama.. action song, picnic di Lata Tembakah, Secret Admire (surat jujur), liqo telus waktu sem 3, boling… turut semestinya x dapat dilupakan di Tasik Kenyir... dan sebagainya.. mmg tidak dapat dilupakan.. aktiviti individu juga tidak dapat dilupakan.. ketika Pilihanraya Kampus 2010, 2011.. sahabat2 ada yang hantar wakil.. saling tolong kempen.  ada suka, ada duka, ada yang terluka.. namun diakhirnya kita tetap bersama…

~time action song.. dpt no 2 pun jadi la..


kita sama-sama main boling.. (tapi masih jaga ikhtilatnya.. insyaAllah x ada yang lebih2..


hari sukan.. kita yang sama2 terkehadapan..






masak bersama...


tasik kenyir yang sentiasa dikenang..

Peristiwa inilah yang membawa kita untuk mengenali antara satu sama lain… sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dalam kelas kita.. masing-masing mempunyai identity yang berbeza namun kita berjaya mengatasinya.. walaupun ada yang bermasam muka.. tapi bagi saya.. kita berjaya menerimanya dengan seadanya…

Sifat terbuka dan berlapang dada antara ahli kelas ini amat mengagumkan saya.. saya tahu.. saya tidak mempunyai masa yang banyak dengan anda.. namun saya merasakan setiap detik kita bersama amat berharga dan bermakna..

saling cuba memahami antara satu sama lain.. so sweet...


Bagi saya.. Fikrah Wahidah ini amat berbeza.. namun tetap mempunyai identity yang sendiri.. tgk sendiri la dalam Keluarga Bahagia Pai 2.. (mcm2 perangaikan..) mmg bahagia... Hehe… saya selesa bersamanya… (^_^)..

~ Tahniah kepada ahli  jawatankuasa kelas yang baru bagi PISMP PAI 2 SEM 2.. semoga menjalankan amanah anda dengan sebaiknya..
~ tetiba nak bgi penghargaan kepada bebudak kelas... hehee

Saya yang menjalankan tugas.. kru bulan 5..

7 comments:

Saya said...

suka3...
suka post kali ni~

SheqienRoslan said...

best2..

nk gmba bowling heheh

Anonymous said...

Hans_up :
agagagaga~~
lompat2... ;D

FaDie said...

hei napi... pa????

Nak kena ngan aku ka.. x puas hati tang mana?????

Unknown said...

hanafi, terlebih kot~

farah, thnx ek. ni refleksi ke ape~ hehe
sume mcm nk buat luahan kot.
tp, bagus-bagus.~
Alhamdulillah, kadang-kadang sakit yang ada dulu, blh jadi pengubat yang baik untuk proses diri semula.

Thnx to all.
Tahniah sape2 yang dpt jadi MT kelas PAI 2.
Mantapkan prestasi anda, sama-samalah kita perjuangkan Islam di bumi IPG KDRI ini.~ InsyaAllah.

FaDie said...

oh.. dona.. nie bukan reflaksi.. fokus kepada sahabat.. hehee.. aku nak relate dgn aku punya adik2 fesi dulu.. jdi alang2 tengah terfikir tu... kongsi la...

kalau refleksi.. lain kot... hhuhuhuhu

Anonymous said...

hans_up :
agagagagaga~~ dop care gape pon..:D