20110519

Finally.

Assalammualaikum w.b.t

First of all, memang bukan turn saya untuk mengupdate entry bulan ini, namun, atas kesempatan yang ada, selepas menjawab kertas soalan EDU 3101 yang penuh dengan cabaran {Moga-moga Allah SWT melembutkan hati para pemeriksa untuk menanda jawapan kita dengan sebaik-baik markah yang cemerlang. InsyaAllah.~}, saya merasakan inilah medium yang terbaik untuk saya coretkan sesuatu untuk kita sebelum menempuh tiga lagi kertas yang mencabar minda kita.~
Aceceh

Jadi, untuk sepanjang Sem 1 2011 dalam proses pendidikan untuk memperoleh segulung ijazah perguruan sekolah rendah, saya telah dibuli, diamanahkan untuk menjadi PKU.~
Buat renungan sebentar. Hadis Kepimpinan~

Saya merenung hadis di atas dengan seribu makna. Bagaimanakah jawapan saya kelak di hadapan Allah SWT-tentang tanggungjawab saya kepada anda, sudah selesaikah atau masih tergantung-gantung tidak terlaksana? 

Secara peribadi, saya sendiri tidak suka menggalas tanggungjawab ini. Mendengar luahan daripada ex-ex PKU, sejujurnya, semasa menang pencalonan dipilih menjadi PKU Sem 1, saya menolak dengan baik setelah berlaku tragedi Oktober pada sem 3. Saya katakan pada roomate, saya gusar jika tidak dapat menjaga ikhtilat. Saya sendiri masih terbata-bata dengan perubahan, tanggungjawab sebagai PKU bukan mudah, perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah semua orang yang masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri daripada umur 18 tahun hinggalah 21 tahun.~

Namun, alhamdulillah, setelah memujuk hati semasa cuti semester, saya cuba melakukan yang terbaik untuk sepanjang semasa saya diberi amanah. Saya tidak tahu jawapan anda, sama ada saya gagal atau berjaya, anda sendirilah yang menjawabnya kerana tidak mungkin bagi saya mengedarkan borang penilaian prestasi.~

Memetik kata-kata Yusuf al-Qardawi : 
" Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan."  
Begitulah setelah saya selesai membaca buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia karya seorang pensyarah- En. Choong Lean Keow saya tertarik dengan kata-kata seorang tokoh pendidikan Islam yang terkenal mengenai pendidikan. Bahawa pendidikan mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat- seperti situasi kita sekarang dan akan datang. Sentiasa berjumpa masyarakat, yang mana kini kehidupan bermasyarakatnya, saya-anda sekalian. Kelak, kita-masyarakat, rakan-rakan guru, ibu bapa, dan anak murid. 

Pendidikan juga platform terbaik untuk membangunkan akal-tahap intelek dan kognitif kita, rohani-tahap ketahanan kita terhadap cabaran hidup, jasmani-tahap fizikal dan kemampuan anggota badan kita, akhlak dan tingkahlaku-cerminan dari dalam hati. Di sinilah tempat kita diuji, ya selagi kita bergelar manusia, selagi itulah kita akan diuji dan selama kita bergelar manusia, selama itulah kita melakukan kesilapan. Andai kita salah, bertaubatlah, andai insan lain bersalah, maafkan dan berlapang dadalah. Ya-bukan-mudah. Namun, hadapilah segalanya dengan sabar~

Hakikat yang perlu diterima ialah, kehidupan bukan macam permainan lawn bowl. Sekali salah balingan, ahli kumpulan akan menasihati dengan baik, sama ada lebih 'curve' atau kurangkan 'weight', kita akan lebih berhati-hati untuk membuat hantaran kedua.
Sahabat perlu bijak sebagai consultant, untuk memberi nasihat agar sahabatnya tidak tersasar.
{Gambar sekadar hiasan}

Kehidupan seperti lawn bowl.
{Gambar sekadar hiasan}


Kehidupan yang ada sekarang, di-maktab-ini adalah sekolah perasaan seperti kata-kata Ust. Pahrol, di laman sesawangnya

Ya, pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may…  pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Alhamdulillah, finally, pada tanggal 12 Mei 2011, saat yang dinanti-nantikan, berakhirlah jawatan saya sebagai PKU anda. Kemudian, pada akhir sem ini, saya memohon maaf untuk segalanya, mohon anda juga memaafkan segala kerenah saya yang seringkali tidak sabar-tidak menepati masa-termiss banyak perkara-melukakan mana-mana hati-etc, kalau list banyak kot.~ {maafkanlah segala kesilapan saya semasa mentadbir anda dengan cara diktaktik, saya masih lagi kanak-kanak berumur 19 tahun :)} 

Segala kepahitan dan kemanisan yang saya tempuh adalah yang terbaik untuk saya menilai diri-memproses semua untuk persediaan masa hadapan, kehidupan begitulah, ujianNya akan berlegar dengan insan-insan yang kita sayangi dan terdekat. Semua ini, sejujurnya adalah pengalaman yang terbaik buat saya, sekurang-kurangnya dapat menabur khidmat dan bakti kepada anda setelah banyak sumbangan anda semua, keluarga kedua saya. 

Gambar kepada Tutor
Tanpa frame~

Kepada bakal KU {Lie} PKU sem 2 dan sem-sem akan datang, galaslah tanggungjawab dengan baik, andai saya tidak dapat mengenali ahli kelas PAI 2 dengan baik, maka laksanakanlah amanah ini dengan ikhlas, bawalah hati-hati kami bersatu dengan acuan Al-Qur'an dan As-Sunnah. InsyaAllah. ~ 
Raihlah segala peluang ini dengan perasaan positif dan ikhlas, kelak Allah SWT lah yang akan membalasnya dengan lebih baik lagi, yakinlah.  


Nukilan, 


6 comments:

dyana shaifulhaq said...

OH. Seinfiniti kesyukuran kerana dipertemukan dengan keluarga PAI 2 ini, terbaek. InsyaAllah.
Moga ALLAH SWT memberkati pertemuan kita ini dengan RahmatNya.

Em, terima kasih juga buat Bendahari-S/U-K.U sem ini.~
thnx alot.~ yang memberikan banyak kerjasama.

dyana shaifulhaq said...

Suatu kisah untuk renungan bersama
Pada masa kekhalifahan Sayyidina Ali, ada seorang sahabat bertanya kepadanya " Wahai Sayyidina Ali, kenapa pada masa pemerintahan anda keadaan umat islam semakin kacau-bilau, pemberontakan di mana-mana dan masih banyak rusuhan lainnya, padahal dulu pada masa Nabi, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Ibn al-Khattab, dan Uthman bin Affan tidak demikian. Umat Islam ketika itu aman, tenteram, damai, sejahtera dan jauh dari berbagai konflik?”

Dengan tenang, Khalifah menjawab, " Ya, itu memang benar. Kerana pada masa itu yang menjadi rakyatnya adalah saya, sedangkan sekarang, rakyatnya adalah kamu."
Mungkin, telah tiba masanya untuk kita mengubah diri menjadi rakyat seperti Ali sebelum bermimpi khalifah seperti Abu Bakar turun dari langit. Mungkin!
Saya masih percaya, pada keutamaan berjuang di gelanggang sendiri!

kita perlu sama-sama berubah.kan?

dyana shaifulhaq said...

lupe, thnx jugak buat peneman setia saya, semua lah, yang banyak memberikan kerjasama dan pertolongan cemas masa-masa suntuk.

hehe.
alhamdulillah, Allah shjlah yang dapat membalas budi anda.

FaDie said...

Assalamualaikum..

Dona anda adalah PKU yang terbaik untuk sem ini.. kalau ada trofi pada setiap sem.. semestinya anda yang akan dapat trofi tersebut..

Alhamdulillah, anda menjalankan amanah ini dengan baik(bgi saya).. n semstinya saya rasa untuk orang lain..

Kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, namun, dengan usaha kita insyaAllah.. semua perkara merupakan kepuasan.. jgn dinilai pada hasil.. namun setakat mana usaha kita dan tawakal kita kepada Allah....

moga kehidupan anda sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi..

~???? persoalan... siapa PKU yg akan dtg.. hehee...
~ dona.. ko la.. jdi pku untuk sem2 akan dtg nie.. mantap dah kan.. hehe

SheqienRoslan said...

tahniah sbb jd pku y baik =)

bagi ak sume pku yang lepas pku y terbaik n da jalankan amanah masing2..ak x jmpe pun lagi 4 sem kat cni pku y lepas tgn...

setiap org ade kelebihan masing2 n bile dilantik jd pku pastinya akan sentiasa gunakan kelebihan y ada untuk melakukan y terbaik...


n ak pun sbg pku sem dpn mengharapkan tunjuk ajar dari sifu2 lepas.. heheh semoga semuanya berjalan lancar...

akhir kalam..ececey..kite semua mampu melakukan yang terbaik! n paling penting kepercayaan kepada/ dari org sekeliling...insyaAllah..

Anonymous said...

Jejaka bertopeng :
hehe~ tngok dari comment kat atas nie, mcm x ckup je post yg kat luar 2..:D ap2 tahniah ea~ Moge segala tanggungjawab yg dilksanakn diredhai oleh ALLAH khendaknye~