20140117

Jadual Akademik (Kuliah) Semester 7 (2014/ Jan-Mei)

Jadual Akademik (Kuliah) Semester 7 (2014/ Jan-Mei)

Jadual Akademik (Kuliah) Semester 7 (2014/ Jan-Mei)

Semester ni menempuh tugasan dan tanggungjawab yang memberat (Kajian Tindakan is on the way) di samping tiga-bulan praktikum di sekolah yang berbeza (sekitar Manir-Kuala Terengganu), will begin on 26th January till 18th April 2014, dan semoga lebih baik, dipermudahkan dan diberkati. Kembali menjalani kehidupan 'bekerjaya' dan meneliti, mengemas kini, mencipta idea yang kreatif untuk PDP yang berkualiti, aceceh. InsyaAllah, insyaAllah.  

Contoh jurnal praktikum (semasa) yang lepas.
Hoho, semoga kehidupan praktikum kali ni lebih harmoni dan kurang kesengsaraan, praktikum please be nice to us, tahun ni final year da...hehe, tak larat nak huru-hara dah. Tapi praktikum memang hakikatnya macam tu, memang serabut punya fasa, tapi kali ni tiga fasa, haha. Solat hajat banyak-banyak, semoga time-management tu chantek je selalu :) Moga masa yang dikurniakan, diberkati, moga direzekikan untuk mengurus masa dengan perkara yang penting dan berfaedah. 
(Qouted from Pensyarah PIM3113, heh)
" Saya tak tahulah macam mana kamu nak praktikum tiga bulan ni, dua bulan tu pun saya tengok dah hura-hara, "
Pandangan ustaz melata ke arah 22 orang studentnya. Dush, terasa kot masa tu.

- Pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita secara tak langsung, moga kita menjadi murabbi sejati, atleast berusaha ke arahnya. Doa dalam hati, hari-hari, semoga praktikum kali ini lebih baik, lebih baik dan sukses untuk Islam hakikatnya, Ameen. 



20140113

semoga ukhwah kita, seutuh ikatan ukhuwah para Sahabat Rasulullah

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Pertama sekali, marilah kita panjatkan setinggi-tingginya rasa syukur pada Allah SWT kerana masih memberikan kita peluang untuk terus meniti kehidupan yang penuh dengan tarbiyyah ini. InsyaAllah. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah. Dengan izinNya kita ini diberi sekali lagi peluang untuk menyambung tugas sebagai  guru pelatih yang berbaki  hanya setahun shj lagi. Moga Allah sentiasa bersama langkah kaki kita ini. Allahumma amiin..


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”


(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)
Betapa utuhnya ukhuwah para Sahabat Baginda. Jika dahulu ukhuwah antara para sahabat dan Rasulullah SAW amat utuh dan hanya maut yang mampu memutuskannya, mereka masih mengimpikan untuk bersama Baginda di Syurga, makanya marilah kita menjadi seperti mereka. Menjadi sahabat yang memegang erat tangan sahabatnya yang lain untuk sama-sama menikmati kehidupan sebagai seorang Hamba Allah yang sebenar-benarnya.  kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika penuh dengan kasih sayang. Maka ayuh kita sebarkan kehangatan cinta dan kasih pada sahabat fillah kita. Moga ukhuwah yang mantap itu dan berlandaskan cinta kepada Allah itu akan membuat kita turut berjumpa dengan sahabat kita kembali di SyurgaNya kelak. Allahumma amiin..



#copy & paste dr kata-kata seorang sahabat sepengajian @ sekelas :) (paan)


assalamualaikum
sedar tak sedar
dah msok 5 tahun kita bersama
sedar tak sedar
masa yg ditetapkan oleh kpm utk siswa siswi ipg dah nak sampai ke penghujung
sedar tak sedar
banyak perkara yg telah kita lalui bersama
all the best utk rakan2 seperjuangan sekalian
do the best utk final year kita tahun ni
semoga ukhuwah yg terjalin akan berkekalan
all for one
one for all

kami semester 7


perjuangan kita hanya berbaki setahun...semoga ukhwah kita akan terus kekal walau di mana kita berada
banyak kenangan yang telah kita cipta bersama, semoga segalanya kekal diingatan semua..

BIG kami yang terakhir (SEM 6)


Ukhuwah itu buah iman. Jika iman kita sedang jatuh, maka hambarlah ukhwah kita. Jika iman kita mningkat, maka makin indahlah ukhwah kita.



Memori Itu

Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia 
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memori yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertana
Di dalam taman yang mengajar kita 
Erti kehidupan penuh pancaroba

Di sini kita berjanji setia
Bersama menongkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dai usaha doa tulus padanya

Tutur kata guru bagaikan azimat 
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya 
Dan menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masih kau ingat 
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Sendau gurau,senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan 
Rindu hati ingin bersemuka 
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan doa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu,berpisah hanya kerana Allah 
Ukhuwah yang terbina anugerah darinya

20130708

Beza Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Saba'


Salam. Lama blog ni menyepi, penulis-penulis secara part-time pun sudah semakin sibuk dengan dunia masing-masing. Maka pena pun ternoktah. Sayang seribu kali sayang untuk menoktahkan blog kelas ini, yang semakin surut warnanya kerana adanya facebook. 

Hari ni, sebelum Ramadhan tiba, rasa nak menulis sesuatu, teringatkan persoalan yang tidak dijawab-jawab dalam minda sewaktu pembentangan untuk mazhab Qadariyah.

Abdullah bin Ubai dengan Abdullah bin Saba' ni orang yang sama ke?

Lalu pencarian dimulakan, alhamdulillah, sangat ringkas, tapi cukup bermakna, lain masa saya cuba dapatkan maklumat lagi.

Abdullah bin Ubai bin Salul adalah ketua munafiq (Yahudi) yang ada masa zaman Rasulullah yang turut memfitnah Ummahatul Mukminat, Saiditina Aisyah.


Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak menceduk peradaban Yahudi dan meng-Arabkan peradaban tersebut. Di antara mereka adalah Abdullah bin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu mereka dipandang tinggi dan dihormati. Ketika Perang Bu’as hampir berlaku di antara dua puak terbesar di Madinah, kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperangan berlaku juga Abdullah bin Ubai tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikap berkecualinya itulah yang menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihak yang berperang itu berdamai.

Sumber sini.

Abdullah bin Saba' juga seorang Yahudi yang berasal dari Yaman, pengasas Syiah.


Abdullah bin Saba 'adalah seorang Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu' anhu. Dialah yang meretas ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi puncak semaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.
Abdullah bin Saba 'pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu' anhu: "Engkaulah Allah." Maka Ali membolehkan untuk membunuh Abdullah bin Saba 'tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Para penyokong Ali kemudian membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
Abdullah bin Saba 'adalah orang pertama mengkafirkan Abu Bakar,' Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait ". Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah mengatakan tentang Abdullah bin Saba.

Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, Kufah & Basra untuk menjatuhkan Uthman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & Az Zubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.

Sumber sini.

Jadual kelas sem enam, di bawah ;



Selamat berpuasa, mohon maaf atas semua khilaf dan keterlanjuran, moga Ramadhan ini platform kita menjadi sesungguhnya hamba dan khalifah di muka bumi Allah. 
InsyaAllah. 
Selamat mengajar untuk praktikum kali kedua, sekolahnya di felda, insyaAllah yang terbaik!






20130121

Love for the Prophet SAW

#Salam Maulidur Rasul. Allahumma solli 'ala Muhammad.