20110415

Yang dinanti-nantikan~ XPDC @ ETKPC Tasik Kenyir?


{ Entry of Program ETKPC, 1 & 2 April 2011}
Assalammualaikum w.b.t to all readers.
Alhamdulillah dipanjatkan ke atas Tuhan sekalian alam, Allah SWT yang masih memberikan ruang dan peluang dalam takdir saya untuk menukilkan sesuatu untuk anda, tidak lupa buat junjungan yang sangat dirindui Nabi Muhammad SAW, Ahlul Bait, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat. 

Penghargaan buat April Crew 2011, aceceh.
AWAS, entry ini sangat panjang~ Teruskan pembacaan! :)
Akhirnya, setelah dua tiga kali mencuba memerah idea dan keringat untuk menulis entry yang ditunggu-tunggu mengenai XPDC Tasik Kenyir, maka saya selaku wakil April Krew datang mengisi kekosongan, secara peribadi, saya sendiri merasakan kesukaran untuk 'pergi semula' ke memori indah tersebut disebabkan itulah terdapatnya beberapa draft di ruangan edit post [lepas ni, saya delete] kerana kekangan idea yang sungguh menyeksakan. Kali ini saya mencuba lagi, mengambil masa sejam, insyaAllah, menulis sesuatu untuk anda kenang dan dijadikan pengajaran. Akhirnya, empat jam sebenarnya~

Alhamdulillah sekali lagi, kerana dengan izin Allah, kami seramai 22 orang termasuklah Puan Hajah W. Hasnah binti Wan Abdullah berjaya menghabiskan Program ETKPC yang telah dirancang sebulan sebelum perjalanan, hanyalah dua minggu sebelum perjalanan, baru proposal siap, seminggu sebelum bertolak, barulah mendapat kelulusan. [Nasihat, jangan tiru aksi tak mulia ni, sepatutnya sebulan sebelum perjalanan dah kena siap, so that boleh prepare banyak benda]. Namun, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, kerana mempermudahkan keseluruhan perjalanan program ini. 

Sebelum bertolak
{tiada dalam gambar : Ekin & Mimi)
Sejujurnya, pengalaman saya sangatlah sedikit untuk diceritakan kepada anda, bahkan anda yang membaca tentulah mempunyai pengalaman yang menggunung, namun atas pendekatan atau kaedah atau teknik [maaf, baru selesai menghabiskan tugasan KKBI Pedagogi Pendidikan Islam] untuk berkongsi atau kerana giliran mungkin, saya cuba melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada kedua mata anda untuk membaca. Bimbang juga saya menulis sesuatu yang sia-sia kerana percayalah setiap apa yang kita lakukan, nukilkan jua akan ditanya satu persatu oleh Allah (Rujuk QS Al-Isra' 17 : 36).

Semasa sampai
{Sesi memunggah barang ke Rumah Bot Sri Gagau}

Semua pelajar menunjukkan ketekunan melihat beg-beg
{ Sikap rajin yang sebati. HEHE}

Sekali lagi, kerajinan merajai apabila berpeluang melihat sekitar rumah  bot
{ Gambar : Ketua Unit, Farkhan sedang berposing
}

"Di belakang rumah bot terdapat tandas dua bijik, guna elok-elok, " pesan En. Jali.
" Oh, baik, tak sabar dah ni, " jawab salah seorang daripada mereka.
[ Dialog rekaan semata]

Dari atas, gambar group 1 masak, aceceh
Gambar 2 : Ruang santai set karaoke (sabo je la)
Gambar 3 & 4 : Toilet yang bersih
Gambar 5 : Barang-barang dapur
Gambar 6 : Laluan di atas rumah bot
Ruang dapur dengan lebih jelas

Ruang atas,. Katil ada 8 rasanya.
{ Penulis tak tua lagi, tapi lupa}

Muslimat PAI 2 sebahagian.
Yang lain kecut perut nak duduk depan, aceceh

Melalui pengalaman yang indah saya kira di Tasik Kenyir merupakan suatu kenangan yang sangat berharga dalam diri saya. Menaiki rumah bot buat pertama kali menyelurusi Tasik Kenyir bukanlah sesuatu yang biasa bagi saya, ianya merupakan pengalaman pertama saya. Dari situ, saya belajar untuk menikmati setiap helahan nafas yang diberikan dalam kesempatan yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai. Saya sedang berusaha ke arah itu. 

Gua Bewah dari jauh
{Keterujaan yang tinggi untuk meneroka, aceceh}
Sudut dekat hadapan Gua Bewah.
{ See, banyak sangat anak tangga, serius kami yang 20-an ni semput}

Biasalah, mesti tak lepas peluang adabikan saat-saat indah.
HEHE. ops, abadikan~
Penunggu gua eh, penunjuk gua, Ustaz Lie.
" Di sinilah tempat saya lahir, bla,,bla,,bla."
[ Dialog rekaan ye, Lie. :) ]

Setelah mengharungi onak duri kegelapan Gua Bewah
rombongan guru pelatih pertama IPG KDRI~ aceceh.

See, kan da kata tadi, stamina yang banyak diperlukan, ok, untuk turun pulak.~
Group first berjaya menjejak bumi~
Hidangan petang 

Terserlah di situ, wajah kekenyangan di raut masing-masing
Dari kiri, memperkenalkan : Ustaz Hanafi, Hidayat dan our K.U
Seterusnya, pengalaman ke Gua Bewah juga merefleksi diri saya walaupun tidak berkesempatan meneruskan perjalanan hingga ke penghujung disebabkan jambatan di gua tersebut runtuh, maka saya dapat simpulkan bahawa kegelapan mestilah diterangi dengan cahaya, begitu juga dengan keadaan gua yang sangatlah gelap memungkinkan pelbagai kejadian buruk boleh terjadi namun atas kewujudan cahaya lampu suluh yang memberi panduan kepada perjalanan kami, maka, perjalanan kami berjalan dengan lancar. Dapatlah dikaitkan di sini, bahawa, jalan-jalan kehidupan turut gelap hakikatnya, namun mestilah diterangi dengan iman, ilmu dan amal untuk sampai ke penghujung kehidupan dengan jalan keluar yang selamat tanpa risiko untuk menghadap Illahi. 
Cahaya di gua boleh dianalogikan sebagai
cahaya dalam hidup adalah Iman , Ilmu dan Amal.~
Gua Bewah yang dirindui kegelapannya~

Berlatarbelakangkan Gua Bewah

Ketika sampai di Gua Bewah ini, saya teringatkan juga kisah Ashabul Kahfi yang disebutkan dalam Al-Qur'an, walaupun pada hakikatnya, tidak mungkinlah sama keadaan fizikal gua ini dengan gua yang dialami oleh beberapa orang pemuda gua tersebut, akan tetapi terbayang-bayanglah di benak saya, bagaimana sebenarnya keadaan yang sebenar yang ditempuh oleh mereka (Rujuk QS Al-Kahfi 18 : 9-22)

Saya bukanlah penulis yang terbaik untuk memberikan kepada anda tentang pengalaman ini, bahkan mengalu-alukan pengalaman lain berbentuk lain juga untuk disajikan kepada pembaca sekalian, namun program ETKPC ini sesungguhnya merupakan 'ibrah yang sangat baik untuk saya kembali merefleksi diri saya yang hina ini kerana perjalanan yang menggunakan rumah bot menyelurusi pemandangan gunung-ganang dan juga melihat cuaca yang sangat baik mengajar saya betapa bijakNya Allah mengurus alam ini untuk hamba-hambaNya (Rujuk QS Al-An'aam 6 : 99).
Terkedu melihat ciptaan Illahi

Merenung dan berfikir tentang ciptaan Illahi sumber inspirasi diri Muslim


Selama 2 hari 1 malam di atas rumah bot, saya secara peribadi melalui pengalaman yang cukup bernilai untuk mengenali antara satu sama lain dengan ahli kelas. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan tidaklah Allah menciptakan kita dengan sia-sia melainkan untuk berkenal-kenalan dan menjadi orang yang bertaqwa, sesungguhnya taqwa itu adalah sebaik-baik bekalan (Rujuk QS Al-Hujurat 49 : 13). Pelbagai aktiviti yang dirancang membuatkan saya berpeluang mengenali lebih dekat latar belakang sahabat-sahabat sekalian tentang keluarganya, cita-citanya dan paling penting mengetahui bilakah mereka ingin menamatkan zaman solo mereka (Harap maklum, usia 20-an sememangnya punyai naluri yang tinggi ke arah itu, :)
Tak lepaskan peluang untuk memancing{Nice try, even tak dapat sekor pun -_-}
Makan malam. Hidangan yang menyelerakan~
Tidak ketinggalan untuk diambil gambar
Hidangan tengahari sebelum sampai ke Pengkalan Gawi.

Bergambar di pintu gerbang Air Terjun L.A eh, Lasir

Perjalanan mengharungi detik-detik manis menuruni anak tangga ke air terjun
Penunjuk jalan. Kami tak sesat~
Dari atas, selepas bermandi manda,
{ Gambar rumah bot Sri Gagau}

Dalam pada itu, kes-kes terpencil juga ditemui dalam XPDC ini, kerana disebabkan tekanan darah yang lemah atau kepenatan yang amat sangat atau mungkin keterujaan yang tinggi [maaf, tak dapat lagi mengenal pasti punca utama] menyebabkan ketua Chef kami telah pengsan sebaik sahaja turun dari tangga Air Terjun Lasir setelah puas bermandi manda, menunjukkan aksi sopan renangan dan menyelamatkan salah seorang ahli kelas yang lemas (ehem-ehem) lalu beliau pun dengan muka kelelahan pengsan setelah sahabat-sahabat Muslimat yang lain bersusah payah mengangkat beliau ke jeti berhampiran. 

Dalam pada itu, kami sendiri cukup risau dengan keadaannya yang tidak sedarkan diri lantas mengambil pelbagai pendekatan atau kaedah atau teknik untuk menyedarkan beliau hinggakan kebas-kebas tangan kerana terlalu banyak menyapu vicks. Alhamdulillah, beliau sedar sepenuhnya kira-kira 45 minit sebelum sampai ke Pengkalan Gawi, namun terbayanglah juga di benak saya bagaimana mahu mengangkatnya ke bas kelak jikalau beliau masih tidak sedarkan diri. 

Panjang kan entry ni~ jadi, untuk segala-galanya, alhamdulillah, sebab dipermudahkan olehNya yang memberi ruang kepada kami khususnya untuk menikmati panorama semulajadi membuatkan kami belajar sesuatu daripada pengalaman yang tak ternilai ini. Penghargaan buat seluruh AJK a.k.a ahli kelas, daripada sebelum program berlangsung, semasa dan juga selepas kerana telah menjadikan trip ini antara kenangan yang terbaik dilalui oleh saya sendiri secara jujurnya yang merasakan tidak menyangka untuk sampai di tengah-tengah kesibukan tugasan KKBI PIM 3102 ketika itu. Tak lupa, penghargaan yang didekikasikan khas buat Puan Hajah W. Hasnah yang merealisasikan program ini dengan kerjasama dan komitmen yang terbaik juga daripada beliau. 

Akhir kalam, thnx for everything and harap boleh pergi lagi next trip, nak tak? HEHE. 
Thnx and jazakAllah.

Renungan sekejap.~



32 comments:

dyana shaifulhaq said...

Finally,
~ ada apa-apa nak tmbh, or komen, silakan~

Psl gmbar, if ade yg tk redha, bagitahu je,~ anytime ley delete.
:)

masni said...

syukran 4 d update......seronok mengimbau kmbali d sweet memories~~
dan mghayati segala keindahan..yg Allah telah jdkan...subhanallah...
takbir!!

aisyah omar said...

waaa... bgus3.. i like.. terase nak gi lagi kalo ad peluang. tp dgn yg tersayang la plak en..hehe.. jom kwn2.. shbt-sahabiah sume, pasni kte ke taman negara plak ye. hehe.. tp len sem la. bujet lri da.. xsmpt nk kejar. laju sgt dy lari. hahaha. ops, tegelak beso plak. hehe

Adibah Ibrahim said...

lawak gleerr ko aisyah...
dyana untuk pengetahuan ko, gue bewah 2 mmg smpai situ je, xde dah kt dlm 2...bkn sbb jambatan roboh ke ape..e2 yg aku dgr drpd org2 yg berada dihadapan skali la...
mmg sweet memori rase cm nak buat dlm karangan BI utuk Muet td je..

dyana shaifulhaq said...

masni : Allahu Akbar. kenangan yang terbaik utk dikenang-kenang.

wan : aku pun, kalau nanti jumpe aku kat depan balai tadah-tadah tangan, hulur-hulurkanlah seratus dua ratus. HEHE.

diebah : lah, yeke? ~ serius ke?
adoi, sedih giler, apsal lah dye tk ckp awal-awal mase tu.
ape lagi, translatelah dalam BI sempena UAK nanti. :)

dyana shaifulhaq said...

OH lupa, thnx again utk semua yang bagi gambar~
Special dedicate to :
Adibah, Aisyah, Asiah, Masni, Fawae, Ekin and the rest.

dyana shaifulhaq said...

Eh lagi, terima kasih jugak buat semua yang sudi bergambar dengan gaya-gaya ayu Muslim~

Acecehhh.

Anonymous said...

jejaka bertopeng~
tahniah diucapkan kepda kamu semua krana telah berjaya melaksanakn event ini~
semoga ALLAH memberkati segala usaha yang dilakukan oleh kamu semua~
Barakallah~

Nur Atiqah said...

salam....nice entry~mengimbas memOry...acecehh(eh.t'ikut gaye penulis plk) =D

Adibah Ibrahim said...

tetiba aku rase rindu persahabatan kita time sem 3 aku terase macm keakraban kite makin lame makin hilang dalam senyap, perasan x?????

~Kesedihan melanda~

dyana shaifulhaq said...

kepada jejaka bertopeng:
Alhamdulillah, dipermudahkan Allah dengan segala urusan yang lancar~

Semoga Allah memberkati anda kembali~
JazakAllah.

dyana shaifulhaq said...

kepada Nur Atiqah aka my roomie,

em, semoga entry ni dibuat dgn ikhlas mendapat keredhaanNya, dan dpt mengukur jauh mana lah kemampuan kite utk mengurus ssuatu program~

syukran ats komen. begitu bermakna. aceceh~hehe.
(gaya terbaru)

dyana shaifulhaq said...

Kepada Adibah Ibrahim yang sedih :

Oh, secara jujur, aku pun dapat rasa lately ni 'lain' sikit, mungkin da makin parah, tp, tkpelah, kite berusaha lah sama-sama utk bersatu balik,
mungkin ats faktor-faktor ni :
1) dah tkde order petang-petang. {haluan sendiri}
2) jarang da makan same~
3) semua da ade komitmen lain :
- PKU : ......... tahulah sndri. (tp, aku ade je selalu dlm bilik)
- BADAM : Fawae, Wan, Masni, Pyka, Atiqah, Asiah, ko pun, Farah,
- JPP : Najwa n Farah again.
- Balai : Aini
- Kolej Kediaman : Farah lagi, {hehe}, Kak Una (ketua blok Fatimah)
- Pewani : Najwa, Wani, Masni, Kak Una.
tu je la kot. sape2 lagi, tmbhla ye. hehe.

Aku harap keadaan ni kejap je, take it as a test, so that, kite ley improve our self sikit2, doa byk2 biar hati kite disatukan kembali oleh Allah.~ insyaAllah.

Saya said...

heh.....teruknya aku x perasan pun 'kelainan' tu...

lps ni tiap hari makan sesama bilik korang....ok???
huk3...

sorry la kalau terasa aku mnjauhkan diri....
seriosly x tipu...koranglah salah satu perkara yg buat aku kuat dan gembira di bumi trganu ni...

"SAYANG KORANG AKU TINGGAL2KAN.....TAKKAN NAK TANGAN2KAN...YE TAK?"

Anonymous said...

jejaka bertopeng~
InsyaAllah~ syukran~ ~
maaf mencelah~ jagalah ukhwah saudari semua~ smoga berpanjangan~
ingat lah ~
ada pepatah mengatakan
"Orang Sibuk pon Ada masa"

wany said...

Alhamdulillah kta msh diberi kesempatan olehNya utk bernafas higga ke saat ini..thanxxx bbyak kt penulis entry ni=)ni yg sygg lebih..heheh sesungguhnya semua kenangan kta bersama wani akan ingt sampai bila2..semoga kta dpt harungi detik suka duka bersama selama berada di IPG KDRI yg tersyggg ni^_^
"UKHWAH FILLAH"

Adibah Ibrahim said...

aku pun nak ckp cm diyana sbbkn kite dah x order ptg2, so kite mkn sendiri2..jumpe pun sekadar kt kelas je, biar pun satu aras tp cm susah nak tgk muke just dgr suare je (e2 bg yg suke jerit2 dr dl bilik la..heehee)..
kite same2 doa kpd Allah S.W.T untuk mengekalkan dan menjaga ukhuwwah kita hingga akhir hayat dan jumpe di Syurga Allah di Akhirat nanti..

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 kami, kekalkan ukhuwwh yang mantap antara kami dan semoge dgn ukhuwwah ini dapat membantu kami dalam menegakkan syariat Mu di alam ini."

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

wany said...

AMin YA Rabbal 'Alamin.

dyana shaifulhaq said...

kepada Saya aka Najwa :

aku suka part kau hargai 'adanya ktorg' ni~
hehe. byk kali dengar pun, aku rasa terharu. (aceceh, serius)

tk perasan tkpelah, aku mksudkan yang kat aras ni la~,,, tk berapa nak jumpa sangat bila dah tkde order, makin bizilah sume, tkpelah, aku da redha, kalau kita dekat tp tk dekat dengan Allah pun, apa guna, kalau kita jauh, tp makin ingat kita pada Allah, lebih baikla macam tu.

:)
sama-samalah kita try untuk dekat dengan manusia dalam masa yang sama dekat juga pada Allah.
Semoga persahabatan kita berada dalam redha Allah.

(wah, makin panjang komen aku. hehe)

dyana shaifulhaq said...

kepada jejaka bertopeng
wah, mcm penah dengar pepatah tu dalam kelas PKK
Syukran atas nasihat.
Ujian datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya mcm inilah.~

dyana shaifulhaq said...

kepada wani :
aku pun suka gak dengan xpdc ni, walaupun tkdelah mencabar mane, tp, sebelum prog ni thnxla aku dedicate khas kat kau yang byk tolong kol-kol sume.~
terbaikla. hehe.
terharu la tu.

untuk doa kau tu, ameen jugak~

dyana shaifulhaq said...

kepada Adibah~

thnx for the du'a.
inilah ujian.
mane boleh selamanya nak rasa happy je, kenalah ada macam-macam rasa,
syurga tk pernah murah utk semua, melainkan adanya pengorbanan yang tinggi kepada yang berminat~

analogi sendiri. blh kaitkan tk ngn maujud mujarrad tadi? (haaha- frust kot tk dpt explen.)

utk semua candidates TITAS, all the best,
May Allah assist us.~

Em, to those yang lain, aku mengalu-alukan komen korang, mehla komen selalu. amat-amatlah dihargai.
Thnx, jzk~

Anonymous said...

jejaka bertopeng~
eh, ea ke ?? mungkin itu satu kebetulan yg telah ditntukan oleh ALLAH~
yup, ujian mmg dtg dari pelbgai bntuk.. moge awk semua dan saya tabah mnghadapinye..
Ujian itu datg dari Allah kepada setiap hambanya.. kerana ap ??
Kerana Cinta dan Kasih Allah pada hambanya~
Bersyukur lah dengan dugaan yang Allah berikan dan Bersabar dengan Nikmat yang dikurniakan Oleh NYA~

Adibah Ibrahim said...

Diyana, betol 2...jln utk menuju syurga Allah x penah sunyi drpd badai dan taufan...

Anonymous said...

persiapkanlah diri mu untuk bermacam dugaan yang dtg..dugaan dtg dlm pelbagai bntuk tnda sygnya dan ingatnya Allah pada kita..

fa inna ma'al 'usri yusra..
sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan...(94:4)
yakinlh kita pada ayat ini insyaAllah kita akn redha akn segala yg berlaku...



jgnlah kita trlalu mgharapkan kesempurnaan dlm sesuatu perkara..sesungguhnya utk mnjd smpurna sperti yg kita ingnkn itu payah dan memerlukan masa...dn x smua manusia smpurna...dan cubalh kita terima seseorg itu seadanya..dan percayalah..dia msh dlm proses utk brubah..kearh yg lbh baik..tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya..

"Ya Allah jangan Kau cuba kami melebihi batas dan mampu kami dan sanggup kami, Ya Allah bila memang Kau cuba,kami percaya Kau sayang pada kami.. Ya Allah lindungilah kami dari yg menjahati dan menzalimi .. Ya Allah Engkaulah maha segala..engkaulah pelindung hidup dan mati kami"..
amin ya rabbal alamain...

~Dr.CiNta~ said...

weyh aku dah comment! HAHA =))

asiah said...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum semua~...hehehe.~

semoga iman dan amal makin dipertingkatkan~....

kenangan semalam, hanya tinggal kenangan...semalam kita gembira, hari ini kita berduka...yang penting kita masih lagi bersama...

Kita bertemu kerana-Nya, kita berpisah juga kerana-Nya... walaupun jauh, dekat di hati...

semoga ALLAH memberkati ukhuwah yang terjalin ini... semoga dipereratkan semata-mata kerana-NYa...


p/s : nampaknya dah terkomen dah.. i'm a silent reader~...

13 said...

tahniah asiah~~fawa~~

Anonymous said...

Jejaka Bertopeng:
Carilah Sahabat Sejati, yang Bisa mengubati,
setiap Kelukaan Hati, Agar Lebih dekat dengan ILAHI~
=)

dyana shaifulhaq said...

Kepada Jejaka Bertopeng :

InsyaAllah, bukan mudah untuk mencari yang itu.
semoga kelukaan yang ada ni, dapatlah menebus dosa-dosa yang lalu.
InsyaAllah.~

Kepada Adibah Ibrahim :
Dan kita seharusnya bersedia menghadapi segalanya dengan tabah dan sabar.~
(Al-Ma'rij 70 : 5)
InsyaAllah. All the best untuk semua dugaan sekalipun~

dyana shaifulhaq said...

Kepada Anonymous a.k.a Pyka JJ, kan? :

InsyaAllah. Walau susah mana pun untuk berubah, berubah la jugak, walau bukan sekarang impaknya, mungkin akan datang.
Semoga yang di sekeliling ini, sabar menanti dan sabar mengharungi.~ shld be menyokong jugak dalam proses perubahan bersama.


To this part, Ameen for the du'a again,
"Ya Allah jangan Kau cuba kami melebihi batas dan mampu kami dan sanggup kami, Ya Allah bila memang Kau cuba,kami percaya Kau sayang pada kami.. Ya Allah lindungilah kami dari yg menjahati dan menzalimi .. Ya Allah Engkaulah maha segala..engkaulah pelindung hidup dan mati kami"..
amin ya rabbal alamain...


deep inside, sangat bermakna to myself.

dyana shaifulhaq said...

Kepada Dr. Cinta a.k.a Fawae, thnx la sudi datang n mengomen kat sini~ Hehe.

Kepada Asiah a.k.a SilentReader :

Em, walau jauh dekat di hati kan.
Kita da 20 tahun dalam mengharungi semua episod semalam, kalau dulu kitalah yang pemberi masalah kepada insan lain, maka untuk hari ini belajarlah untuk menerima kesilapan orang lain dengan lebih terbuka dan memaafkan segalanya. Walau kita punya waktu dan kuasa untuk membalas, tapi, di sisi Allah, kesabaran adalah yang terbaik. Masakan Allah menjadikan sikap ini sia-sia?
Maka, hitunglah diri sendiri dalam segalanya, biarpun susah untuk mencuba, namun persiapkanlah diri dengan iman dan taqwa, kerana dunia ini sukar kerana adanya syurga.~

" Ya Allah, aku titipkan doa supaya ikatan persahabatan yang Kau anugerahkan ini kembali jernih biarpun luka sudah membalut, jadikanlah ujian yang Kau datangkan khas buat kami ini sebagai permulaan yang baik untuk kami kekal bersahabat semata-mata keranaMu. Maafkan semua dosa kami Ya Allah andai inilah puncanya retaknya ikatan kami, hancur luluhkanlah ego-ego kami Ya Allah, kerana sesungguhnya keegoaan itu ibu kepada segala kejahatan, membawa rosaknya ikatan kami atas perasaan mazmumah yang banyaknya dalam diri kami. Ya Allah, ajarkanlah Ya Allah, supaya hati-hati kami sentiasa redha dan sabar akan Dikau, atas ujian yang Kau berikan supaya kami ini tidak lagi termakan hasutan nafsu dan godaan syaitan yang mendatangkan pelbagai syak terhadap sahabat-sahabat kami. Semoga Ya Allah, apa yang Kau berikan ini membawa sinar baru dalam ikatan persahabatan kami dalam hasrat kami yang menggunung untuk mencapai segalanya di bawah RahmatMu, hasrat yang menggunug untuk bertemuMu di syurgaMu jua~ " Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Kepada 13 a.k.a Bilik 13 (ABAS), thnx too~ :)