Pada 2 April 2012, suatu Pertandingan Pameran dan Moviemaker Biografi Rasulullah SAW telah diadakan anjuran guru pelatih unit PISMP Pengajian Islam semester 3 2012 Ambilan Januari 2011 sebagai memenuhi Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi kursus Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (PIM3106). Program ini telah bermula seawal 9.00 pagi hinggalah 1.15 petang bertempat di Susur Gajah Dewan Ungku Omar, pada sebelah malamnya program diteruskan dengan Pertandingan Moviemaker yang bermula pada pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di Dewan Ungku Omar.
Bagi melicinkan pelaksanaan program ini, suatu gerak kerja berpasukan telah ditubuhkan dengan kata sepakat daripada ketiga-tiga unit telah memutuskan bahawa Wan Mohd Fakhruddin bin Wan Ibrahim dilantik menjadi Pengarah Program, seterusnya Nur Izzati binti Esnan pula menjadi Timbalan Pengarah Program dan beberapa lagi ahli-ahli jawatankuasa telah dipilih mengikut kesesuaian program yang bakal diadakan tiga minggu daripada tarikh mesyuarat pertama. Jangkaan awal untuk merealisasikan program adalah untuk menganjurkan Pertandingan Pameran dan Moviemaker Inter Unit berkaitan Biografi Rasulullah SAW yang melibatkan guru pelatih PPISMP Pengajian Islam semester 2 sebanyak dua unit, PISMP semester 1 juga dua unit dan semester 3 sebanyak tiga unit. Jadi, keseluruhan unit yang menyertai pertandingan tersebut adalah sebanyak tujuh unit.
Sehubungan itu, penyelarasan tajuk-tajuk mestilah sama dengan jumlah unit kelas yang menyertai bagi kedua-dua pertandingan. Tajuk-tajuk yang dipertandingkan adalah merangkumi manhaj pelajaran murid-murid sekolah rendah iaitu Kehidupan Rasulullah SAW dari lahir hinggalah remaja, Perkahwinan Rasulullah SAW, Cabaran dalam Dakwah Rasulullah SAW, Peristiwa Hijrah ke Habsyah dan Madinah, Piagam Madinah dan Pembukaan Kota Mekah, Peperangan sepanjang hidup Rasullah dan Haji Wida’ dan Peristiwa Kewafatan Rasulullah SAW.
Sejurus selepas pengagihan tajuk dan syarat pertandingan kepada setiap unit, maka dari semasa ke semasa, beberapa mesyuarat telah diadakan bagi mengetahui perkembangan setiap bidang kerja masing-masing supaya segala kesulitan dapat ditangani dengan baik. Seterusnya, setelah mendapat persetujuan bersama ahli jawatankuasa dan juga penasihat pembimbing iaitu Ustaz Md. Nor bin Jusoh, maka tarikh yang diputuskan adalah pada 2 April 2012 bersamaan pada hari Isnin.
Pertandingan Pameran Biografi Kehidupan Rasulullah SAW telah berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. Penyertaan bagi setiap unit adalah amat menggalakkan. Suasananya sangat meriah seawal 7.45 pagi lagi dengan persiapan tempat dan hiasan booth masing-masing. Kehadiran daripada warga IPG juga memberangsangkan kerana hiasan dan isi kandungan daripada setiap booth sungguh kreatif dan mengagumkan setiap pengunjung yang hadir ketika itu.
Gambar 1 : Guru pelatih Unit PISMP Pengajian Islam 2
semester 3 sedang menyusun atur booth dengan tajuk Perkahwinan
Rasulullah SAW.
|
Gambar 2 : Guru pelatih Unit PISMP Pengajian Islam 1
semester 1 sedang menghias booth dengan tajuk Peristiwa Hijrah ke
Habsyah dan Madinah.
|
Pada pukul 10.45 pagi, pertandingan pameran diserikan lagi dengan kehadiran panel hakim untuk menghakimi setiap booth. Kriteria yang dinilai adalah berdasarkan penyampaian isi kandungan oleh exhibitor wakil unit masing-masing dan juga aspek keceriaan dan kekemasan pameran. Disebabkan hadiah yang ditawarkan adalah istimewa maka tidak hairanlah setiap peserta yang menyertai dilihat berlumba-lumba untuk menyajikan yang terbaik buat pengunjung dan panel hakim. Lebih dari itu, hasil pemerhatian yang dijalankan dilihat setiap wakil kelas berjaya menyampaikan maklumat-maklumat mengenai Sirah Nabawiyah dengan baik sekali kepada para hadirin yang datang menyinggah walaupun berkejar-kejar dengan waktu kelas mereka.
Gambar 4 : Panel hakim 2 dan 3, Ustaz Jaafar bin Abdul
Latif dan Ustaz Rahim bin Mohamed sedang bertungkus lumus mengira markah setiap
kumpulan.
|
Pada sebelah malamnya pula, Pertandingan Moviemaker Biografi Kehidupan Rasulullah SAW telah berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT yang bermula pada pukul 9 malam. Pertandingan Moviemaker ini diwujudkan secara keseluruhannya berkisarkan tentang riwayat hidup Rasullah SAW di mana hasilnya boleh dibawa ke sekolah kelak sebagai bahan bantu mengajar apabila berada di bidang perguruan. Tayangan filem pendek ini dijadualkan secara berselang-seli dengan persembahan daripada Qasidah dan IQ-One serta cabutan bertuah.
Gambar 5 : Kumpulan Qasidah IPG KDRI datang menyerikan
majlis dengan membawakan Qasidah Badratim.
|
Gambar 6 : Kumpulan IQ-One, nasyid dari luar yang kian
mendapat tempat di persada nasyid Tanah Air juga mendendangkan lagu seiringan
dengan tema mahabbah buat Rasulullah SAW.
|
No comments:
Post a Comment