20120329

Mac-Assignments dan Projects.

Assalammualaikum w.b.t.
Harapnya semua beroleh kesihatan yang baik-baik dan mempunyai semangat yang luat biasa untuk dua-tiga minggu ni, ini kerana tugasan KKBI dan KKP masih ada yang berbaki sebanyak EMPAT kesemuanya.
Jadi, sy sendiri pun kemah keming (dok tahu maksud pung)... terkontang-kanting menyiapkan assignments yang bukan calang-calang subjek tau, semua subjek ambil sem ni, ada assignment (err, macamlah sem-sem lepas ada subjek takda assignment) Nak update apa pun, sy tak sure, tapi atas nama tanggungjawab untuk bulan ni, sy update lah jugak, as WAKIL untuk krew bulan MAC, insyaAllah.

Takpelah, sy share tarikh-tarikh submission assignment je la kan, dari sudut lain untuk menambahkan semangat buat sy sendiri untuk melengkapkan tugasan before the exact day, dan malam tu jugak dah boleh print out (uhhh) dan tengok hasilnya esok pagi atas meja (kalau ingat-ingat masa sem 1 PPISMP je boleh macam ni, sekarang ni, lepas waktu co-ordinator tetapkan masa, barulah masa tu baru nak print out, macam kes co-ordinator cakap kena submit KKP / KKBI pukul 11, haa, pukul 11 baru nak edit-print tak lagi, 2 jam lepas tu baru terkedek-kedek lari dari hostel ke KOOP untuk tapingkan dat yellow one tu. See???)

Tapi kalau nak banding beza assignment la ni dengan yang dulu, memang boleh kata lah assignment sem 1 tu memang boleh siap awai, sebab pa, sebab masa tu kecik lagi, nak main-main Microsoft Word pun takut, kecut-kecut je jari nak buat macam-macam, sebab tak tahu lagi nak kena edit ke tak, first-first hantaq assignment sem 1 tu, aisshhh tak terbayang betapa buruknya bentuk esei dalam tu. Dengan rujukan tak lengkap, tak justify, tak buat cantik-cantik muhtawa (content) and ghulaf (cover). Memang kalau bukak balik folder PPISMP tu jauh benar lah sedap mata memandang dengan assignments sekarang.

Jadi, semua ni mematangkan kita dari suatu sudut professionalisme kita sendiri as a teacher later, InsyaAllah. Dan assignments yang datang secara pukal ni yang buat hidup kita tak tentu arah sebulan lebih, bukan jugak saja-saja. My mother pernah cakap before masuk maktab / IPG ni, memang banyak kerja, assignments memang akan banyak, mak tanya, kau boleh ke nanti. Sy jawab, sy lebih suka assignments compared to exams. Dan sekarang, saya merasainya. cukup-cukup derita bahagia. Alhamdulillah. Tapi, kadang-kadang kalau assignments takda, presentations da habis, kita macam akan dilanda keboringan, masa tu nak tidur pun tak syok, exam lambat lagi, nak buat nota malas, thats why Allah SWT bagi macam ni kat kita. Supaya kita tak mati dalam keboringan di bilik setelah duit elaun habis dijoli disimpan, dan supaya kita dapat sesuatu daripada assignments kita tu. Tu kan ilmu, ilmu kan boleh lead us to pahala, pahala to Jannah, Jannah to Allah. See, awesome kan cycle ni. (Boleh da buat GO, mcm Hubungan Etnik punya assignment.)

contoh G.O yang tak berapa nak G.O sangatlah. Huhu.


So, tu dari sudut peribadi sebenarnya, tentang apa yang saya rasa selama 2 tahun lebih berada di bumi bakal-bakal perguruan, tentunya mencabar. As a Muslim pun, kita punya Allah, kalau rasa give up sangat nak siapkan assignment, banyak-banyaklah luangkan masa untuk selak Al-Quran, bacalah, bacalah sampai kita menangis. Sebab, dengan Al-Quran, kita tenang, kita dapat sentuh balik hati kita, kat mana terkurang minggu ni, kat mana kita lalai, kat mana kita terlebih cakap kat orang lain hari ni, ayat-ayat Al-Quran tu selalunya memang akan terkena kat kita, sebab Al-Quran tu sendiri peringatan. Yakni peringatan halus daripada Allah. 

Dan kalau rasa give up sangat, ataupun rasa biasa je, berdoalah. Doa ni tanda kita lemah, dan kita memang lemah pun, kita hamba je. Layak diuji, layak diambil walau apa pun, sebab kita hamba. Konsepnya jelas dan tak berubah. Tetap begitu. Oleh kerana itu, ud'uu, mintalah pertolongan dengan Allah, dengan kesabaran kita menempuh ujian, dengan kesabaran kita dalam menunaikan perintah Allah SWT. Pintalah apa sahaja dalam doa, walaupun Allah itu Maha Mengetahui, doalah lebih-lebih dengan Allah, dari kita merungut mengadu tak henti-henti pada manusia. Manusia pun qudratnya terbatas, Allah je yang Maha Kuat, Maha Mendengar.

Tarikh submit assignment :

1. Hubungan Etnik (WAJ3106) : 25 Mac 2012 [ALHAMDULILLAH, done]
HE : Isu pemerataan ekonomi. 


2. Bahasa Arab (Turuk Tadris limaharatil Lughatil Arabiah ; Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab) (BAM3102) : 26 Mac 2012 [ALHAMDULILLAH, done]
3. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku : 4 April 2012 (Selepas pembentangan, mungkin malam tu dan mungkin esok tu, jadi semua group kena be prepared lah sebab next week semua mungkin akan sempat present.) 
4. Tilawah dan Tafsir Al-Quran (PQE3101) : 5 April 2012 (Soalan 2, menganjurkan MUTTHAQ selesai semalam (28 Mac 2012), boleh proceed dengan tiqrarnya (the report) lah ya.)
5. Pendidikan Sirah SR (PIM3106) : 12 April 2012 (Soalan 3, Pameran Biografi Kehidupan Nabi Muhammad SAW, will be held on 2nd April 2012 @ Laluan Dataran Ilmu dan malamnya 9-11 Pertandingan Movie Maker Biografi Kehidupan Nabi Muhammad SAW @ Dewan Ungku Omar.)
6. Pendidikan Ibadah SR (PIM3105) : 12 April 2012


Contoh cover, content dan profil.
Lastly, semoga kita kuat dalam dua-tiga minggu, esp lah. Sebab assignment ni kira nyawa jugak, tak siap, tak hantar memang naya kan diri je. So, all the best. Doa banyak-banyak dan usaha pun kena tahap cipan jugak. 

All the best, may Allah bless us, insyaAllah. Ameen. 
thnx to all. 







No comments: