20120517

PIM3105 : Rancangan Pengajaran Harian (RPH) IBADAH & Pembetulan di sekitarnya.


Syukur Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis di blog ini. Entry kali ini akan membincangkan mengenai RPH Ibadah (Chp. 5 PIM3105) secara keseluruhan dan pembetulan yang telah dibuat bersama pensyarah JAPIM, Ust. Asyraf Ridwan bin Ali, ketika kami berpeluang untuk menemuinya di waktu semput peperiksaan akhir semester tiga ini. 

Bahagian 1 (a) : Butir Am

Bahagian 1 (b) : Butir Am

Bahagian 1 (c) : Butir Am

Berikut adalah butir-butir am RPH yang mengandungi 14 item semuanya iaitu :
(6) 1. Mata pelajaran 2. Kelas. 3. Tarikh 4. Masa. 5. Bil. murid 6. Bidang (MKTMBB : Umum)
(3) 1. Tajuk 2. Pengetahuan Sedia Ada 3. Hasil Pembelajaran. (T/ PSA/ HP : Spesifikasi)
(5) 1. KBKK 2. PeNerapan Nilai (NN) 3. Gabung jalin 4. Penyerapan Ilmu (SI) 5. BBM (KBKK. NN. GJ. SI. BBM)

Ruangan tepi tu untuk lebih mudah ingat.

* Bilangan murid adalah lebih baik menyatakan jumlah murid yang berada dalam satu kelas kemudian dispesifikasikan jumlah murid lelaki dan perempuan.
* Bidang masih merujuk kepada Ulum Syar'iyyah untuk Ibadah, formatnya masih begini untuk standard peperiksaan di IPG. Bukan berbentuk KSSR. Kecuali jika dinyatakan pada soalan.
* Hasil pembelajaran mesti mempunyai 3 aras, namun langkah pengajaran tidak terhad kepada aras. Bukan 3 aras, mesti 3 langkah, tetapi bergantung kepada tahap penguasaan murid, boleh jadi 1 aras, mempunyai 2 langkah.
* Gabung jalin : Kaitan dengan ilmu dalam skop Pendidikan Islam (Jawi, Akhlak, etc) manakala SI pula merentasi ilmu di bidang lain (contohnya Bahasa Arab, Sejarah, Kajian Tempatan, etc.)

Lihat gambar Bahagian 1 (b) : Butir Am :

Pada aras 1, terdapat pembetulan, di mana objektif yang hendak dicapai mestilah bertepatan dengan langkah pengajaran yang dilakukan. Kalau objektifnya mahu murid-murid berjaya menyebut, maka langkah juga harus begitu. 

Seterusnya, pada ayat aras 1 : 

1. Murid dapat menyatakan pengertian Solat AidilFitri dan Solat AidilAdha secara individu dengan betul,  dengan betul di sini tidak perlu diletakkan lagi kerana secara individu sudah menjelaskan objektif yang hendak dicapai. 

Ayat yang betul adalah :

1. Murid dapat menyatakan pengertian Solat AidilFitri dan Solat AidilAdha secara individu. 
1. Murid dapat menyatakan pengertian Solat AidilFitri dan Solat AidilAdha dengan betul.

Seterusnya :
Pada bahagian ini, terdapat 4 (khanatt) columns yang perlu diingati oleh guru pelatih iaitu ; Langkah/ Masa, Isi Pelajaran, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan Catatan.

* Isi Pelajaran hanya mengkhususkan pada bahan-bahan yang akan digunakan untuk mengajar, seperti, gambar, bacaan doa, kalimah syahadah, contoh lembaran kerja, soalan dan jawapan guru pada murid-murid.

* Ruang Aktiviti P & P : Lebih baik sekiranya menonjolkan peranan murid-murid dalam pembelajaran, bukan hanya guru bertindak sebagai pengarah sahaja. 


* Ejaan mestilah betul dan tepat dengan ejaan terkini Jawi DBP.
* Jika mahu meletakkan gambar dalam RPH terutamanya dalam peperiksaan, hanya buat kotak sahaja, dan tuliskan gambar apa yang mahu digunakan. (Er, kalau rajin dan lukis cantik, dipersilakan. Takut tak cukup masa je.)
* Ruang Aktiviti P&P, no. 2, aktiviti murid-murid dilihat tidak selaras dengan objektif yang hendak dicapai. Maka, yang betulnya adalah, murid menyatakan pengertian....................

* Nilai yang baik bukan nilai yang berulang-ulang seperti berdaya usaha pada langkah 1, langkah 2, dan langkah 3. Tetapi berlainan pda setiap langkah. 


 

* Jika mahu menggunakan video, adalah lebih baik jika menggunakan istilah tayangan multimedia.



* Pada ruang Catatan, terdapat nilai berdaya usaha lagi, adalah lebih baik jika menggunakan kaedah pengajaran secara berkumpulan maka nilainya adalah berkerjasama.

* Pada ruang Isi Pengajaran : Soalan yang ditanyakan adalah wajar diletakkan mengikut susunan ke bawah, bukan sederet sebegitu, dan diberikan langsung jawapan tersebut.



* Seperti soalan PIM3106 yang bertanyakan mengenai kemahiran-kemahiran dalam penutup Kognitif dan Sosial, adalah merujuk kepada kemahiran yang diatur oleh guru dalam mengelolakan sesi penutup, seperti merumuskan kembali pengajaran, memberikan lembaran kerja, mengulang kembali fakta manakala pada penutup sosial pula lebih menekankan kepada kemahiran memberikan peneguhan positif, merangsang pencapaian murid, mewujudkan perasaan ingin tahun murid, melahirkan keinginan belaajar dalam diri murid, dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan pelajaran akan datang. 




Memandangkan soalan RPH adalah soalan wajib esei malah rutin kepada seseorang guru maka sila latih-latihla diri untuk expert dalam penulisan RPH yang memang tak cukup masa untuk menjawabnya, maka dicadangkan kepada semua supaya berlatih dulu tulis RPH, kreatif-kreatifkan minda anda dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kuasai KBKK, nilai dan kaedah pengajaran. RPH ini masih terbuka untuk ruang-ruang pembaikian dan perbincangan lanjut. 

Sekian, jazakAllahu khairan kathira. Semoga beroleh kecemerlangan dunia akhirat untuk peperiksaan Mei Semester 3 /2012. ~

Fight abes-abesan. TAKBIR, Allahu Akbar. (50 : 16)

Selamat menghabiskan Al-Kahfi. 

No comments: