20111212

Sekitar Kuliah Literasi Nombor WAJ3105 (Epi 3).

Bismillah.
Assalammualaikum w.b.t.


Go down deep enough into anything and you will find mathematics.  ~Dean Schlicter 
[source]
Mathematics is everything actually. Benci mana pun anda terhadap Math, ia tetap datang melingkari hidup anda. Tipulah kalau kita boleh lari daripadanya, dan Mathematics paling simple dalam Islam adalah bilangan rakaat dalam solat lima waktu kita adalah semasa kita berniat di dalam solat tentu kita menyebutnya. Contohnya, Sahaja aku Solat Fardhu Maghrib Tiga Rakaat tunai kerana Allah Taala. See, sungguh dekat kan kita dengan Mathematics. Ok, tu briefing sikit, boleh lah bagitahu your students nanti, kenapa-why-li maza kita kena study Maths?  


Walau pahit sekalipun kenangan anda dengan Mathematics, percayalah ia tetap suatu ilmu yang luas daripada Allah SWT ; 


Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
( QS Al-Kahfi   18 ; 109)


Jadi, SKLM Episod 3, kali ini akan menyambung untuk topik keempat lagi berikutan masih ada lagi gambar-gambar yang berbaki perlu dipaparkan untuk kekemasan entry sebelum ini dan ini.  

Gambar-gambar di bawah adalah berdasarkan soalan ;
Dengan menggunakan lima bentuk 2d (segi tiga sudut tepat (2), segi empat sama, rombus, segi tiga sama sisi) bentukkannya menjadi bentuk-bentuk yang telah ditetapkan. Jadi, hasil brainstorm dengan ahli kumpulan, inilah bentuk-bentuk yang dapat dihasilkan.
( Nah, sambil tengok sambil teka bentuk apakah di bawah ini. Haa, siapa betul boleh dapat bakso. :)







( Bentuk-bentuk ini dicapturedkan ketika kuliah, Puan bagi soalan daripada slide dan bagi masa about few minutes untuk bentukkan menjadi bentuk-bentuk yang lain, -itu-sebab-tak-berapa-nak-cantik-dan-tersusun-bentuk-bentuknya. Maaf ayat tak berapa nak betul, maklumlah jauh di negara orang dah lama tak balik maktab. hehe. )


Tutorial 4.2 ;




Bentuk 2d ; antara salah satu bentuk yang agak sukar dibuat ;
Segi tiga sama sisi yang dihasilkan melalui lipatan menggunakan kertas A4 berpandukan soalan tutorial 
di atas.


Note : Alhamdulillah, finally, dapat lipat dengan betul di kafe setelah proses cuba jaya yang melelahkan. 





Secara keseluruhannya, topik Spatial Sense ini memang menarik saya dan sahabat-sahabat yang lain. Ianya mengujakan membawa anda kembali ke zaman tadika. Boleh lipat-lipat-gunting-gunting, cumanya saya terfikir kenapalah masa zaman sekolah rendah dulu tak belajar so fun macam ni. Macam tak belajar dengan real pun.  Tak dapat rasa pun bucu-bucu setiap bentuk. Belajar dalam kuliah hari tu, memang menyeronokkan hati saya. Saya boleh pegang dan ingat sampai sekarang dalam kotak-kotak yang perlu disikan tu. (Boleh caya ke) Sama lah macam saya tengok 30 minit bersama Ust. Don @ TV Al-Hijrah tu, penerangan Ust. Don memang berkesan dan ditambah lagi dengan demo beliau. Superb kan. Saya bercita-cita untuk melihat perubahan sebegitu, mengajar dengan kesungguhan untuk memastikan murid-murid kita faham, lebih-lebih lagi bab agama ini. 

Allah SWT kan suka kecantikan, dan of course Allah SWT mencintai hamba-hambaNya yang berbuat sesuatu dengan penuh kesungguhan. Lupakanlah sikap kita yang malas. Peranglah dengan nafsu yang malas-lembik tu. Buang jauh-jauh, lumatkan dalam tong sampah atau longkang, supaya kita rasa bestnya mengajar budak-budak sampai dia faham. Best kan. 

Sekarang, bab Folder WAJ3105, sengaja simpan lama sikit. Gambar fresh ni. Baru je siap sebelum exam hari tu, kalau tak silaplah. Folder ni memang rutin student maktab, kalau tak buat akhir semester kena buat jugak awal semester baru. Tu lagi haru, nak bukak balik kotak-kotak yang dah di sealed kan. Tapi, sebenarnya, buat folder pun kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, resultnya hati kita pun rasa tak best je masa completekan folder tu, kan. ( Saya dah laluinya, dan perasaan tu memang hampeh. Tak bestnya kalau tak ikhlas). 

Rasa malas je nak touch up apa yang patut, rasa macam nak hantar je macam tu. Rasa macam apsallah lecturer ni nak suruh buat folder, susahkan aku je. Dan pelbagai lagi rungutan versi lain. Patutkah? Entahlah, anda soal-soal lah diri anda masa tu. 

Next time, just prepare all the notes, exercises, hand-outs, books, references, simpan baik-baik. Kemudian, kita tak akan bising bila dah bersedia dengan semua dokumen yang diperlukan. Terima sahajalah dengan ikhlas. Semua perkara sebenarnya menuntut hati yang ikhlas untuk melakukannya, kalau rasa dah tak ada hati yang macam tu, carilah masa baca Al-Quran, kalau tak jumpa jugak, carilah masa solat, kalau dah tak ada jugak, mintaklah hati yang baru kepada Allah SWT, bimbang hati kita dah mati masa tu. Be careful! 


Cover WAJ3105 Semester 2/2011


Subjek Wajib punya ketebalan folder. 
Yang Major Subject  tak tahulah macam mana gamaknya kalau kita  buat folder juga. 
I love doing it. :)
Berikut adalah index yang perlu ada dalam setiap folder.
Memandangkan SKLM ini adalah episod terakhir bagi entry ini, maka secara officially  saya sesungguhnya menyayangi subjek ini. :) Kerana ianya adalah ilmu yang berharga daripada Allah SWT, biarpun saya belum pun mengetahui berapakah agaknya markah saya dalam UAK yang dahulu. Cumanya, saya menyiarkan entry sebegini adalah sebagai perangsang atau pemula bagi menerbitkan siri-siri subjek akan datang di dalam blog yang bermanfaat ini. 

Mungkin akan datang, sekadar cadangan, subjek-subjek semester depan atau semester lalu, boleh dimuatkan ke dalam blog ini. Sebagai contoh, Siri Pendidikan Al-Quran SR (1) / Pendidikan Aqidah SR (1) / Literasi Bahasa Melayu. Ini bergantung kepada kepimpinan organisasi juga sebenarnya. 

Sebelum menutup tirai SKLM ini, maaf juga dipohon andai tidak memuaskan mana-mana pihak. Selamat bertanding untuk PRU 13. (tiba-tiba). Hmm, apa-apa soalan sebenarnya boleh directkan kepada admin blog ini di bahagian komen. 

Saya tinggalkan anda dengan  contoh matematik dalam Al-Quranul Karim ;
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). 
(Surah Al-Kahfi 18 : 25)


Sekian. Terima kasih atas segalanya kepada pihak-pihak yang terlibat, terima kasih sudi membaca. Happy blessed holiday with His Rahmat. Selamat menjaga iman.

Salam perantauan,
the part-timer babysitter. 
dari Bona Indah, 
Jakarta Selatan.
12.12.2011 

16 comments:

Saya said...

until now i still didn't know what had i learnt in MATH (SEM 2)...

Istighfar byk2...

No wonder if my pointer will drop next sem...huhu...

*Tp boleh jadi PUNCA untuk saman HANAFI....hehehehe....

Adibah Ibrahim said...

jauhnye org 2 update blog ni...
lps ni boleh la update psl video yg utk kkp math plak ye...

Ummu Khalyf said...

bibik pun update taw haha korang bila lagi hehe

Adibah Ibrahim said...

dah name pun bibik,
mestilah die yg kene update..
hehe..

hans_up said...

eh, adibe~.....bah...:D
sihat ?? lame x dengar ceriter...:D
stilL training silat lagi ke kat umah ?? :D

Unknown said...

@ Najwa ;
Boleh. Yang suggestion tu aku setuju sangat. Konfirm da sem depan Hanafi kena belanja muslimat smua makan kat Syakirin. hehe.
Eh, tkpe, sebab tu adanya entry ni untuk ko revise balik apa yang kita da belajar. (ok, fine, macam la aku tahu sangat apa yang aku study untuk subjek ni. hehe)

Unknown said...

@ Adibah ;
KKP math.
haha.
tak mahu.
kalau aku dapat semua video, aku upload la kat sini.
bagus gak, suggestion ko.
utk next entry, aku amanahkan ko kutip semua video math dan buat 1 entry pasal tu.
hehe.
boleh?
tkpun, ko update psl Gerko-HOKI.
Wah-brilliant kan.

Unknown said...

@ Dr. Cinta ;
Bibik da maju ni. Boleh online all the time.
Esok nak pergi holiday plak ke Bandung.
Doakan kami selamat bergembira dengan seadanya, InsyaAllah.

Unknown said...

@ Hanafi ;
Thnx 4 dropping here.
Ingat da tak layan blog da. Asyik fb je.
Jgn lupa belanja nx sem kan.

hans_up said...

to dyana :
erk ?? bakpe plop ambe kne blanje ?? sume muslimat lak 2... mampus kerok ambe... haha..:D
eh lagi satu ambe mmg da jrng maen FB... rasee cam nk deactive je... :)

Unknown said...

@ Hanafi ;
tu amal tu. banyak pahala kan.
yela kan ganti rugi untuk pihak Najwa.
deactivate acc ko? rase mcm salah bace je. salah taip ke ape ni.

hans_up said...

to dyana :
hehe.. amal2 gak... tp kne pk bnyk kali gak...:D insyaALLAH akn dipikirkan.. law ais kosong boleh lah..:D
yup~ x slah taip kot.. betullah 2.. mgkin da sampai seru kot tuk deactive acc.. tuk smntara waktu.. :)

Saya said...

Hahaha...main2je..
pointer aku jatuh xde kena mengena ngan napi or sape2. Ada hikmah yg Allah nak bagi...dan sesuai la ngan usaha aku yg x seberapa...

*ceh...ayat pasrah.

Unknown said...

@Hanafi ;
Ais kosong je. baik minum kat kafe.
nak g syakirin pun tambang ape, alih-alih dapat ais kosong je.

@Najwa / Hafira ;
Yela tu, kang result dia yang meletup habis.
InsyaAllah, permintaan tu nanti Hanafi boleh tunaikan. hehe.

hans_up said...

dyana : hehe.. bersyukur dengan se adanya...:D hehehe....
cop2.. permintaan ap lak nie ???? =_+"
Najwa : acece~ ayat pasrah.. x tahan...:D

Unknown said...

da. acc closed.
(merepek)