20110611

Review Seminar 'Ibrah Pembukaan Kota Konstantinopel

Bismillah
Aku jatuh cinta kali ini
Indah nian perasaan ini
Sungguh Ya Allah,
aku mencintai sosok keperibadian makhluk ciptaanMu,
Rabbi, inilah dia insan yang wajar dicintai,
inilah dia insan yang wajar diteladani,
dialah pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW
betapa tekunnya meneliti strategi,
betapa komitednya merancang pelaksanaan,
betapa istiqamahnya mengekalkan tahajjud kepadaMu

Rabbi, malunya aku dengan sosok keperibadian hambaMu ini,
tentang lemahnya aku dalam mujahadah kepada nafsu dan godaan syaitan,
tentang lemahnya aku dalam mencari dan menuntut ilmu,
kekadang malas menyapa bertubi-tubi pada semangatku,

Illahi Rabbi, kerana jasanya dan perjuangannya dalam Islam,
maka aku pohon tempatkanlah Sultan Muhammad bin Murad ini dalam kalangan yang beramal soleh 
dan dijanjikan syurga buatnya, 
Rabbi, insan ini melakar sejarah Islam dengan mengikuti perintah dan menjauhi kemungkaran
mengikuti semua sunnah Rasulullah.

Assalammualaikum to all readers. Bersyukur kita ke hadrat Illahi, masih lagi hidup dan bernafas di bawah dua nikmat terbesar-Islam dan Iman. Alangkah beruntungnya kita, moga nikmat ini berkekalan hingga akhir hayat, moga segala amalan dipertingkatkan, moga cuti ini juga diisi dengan hal-hal yang membawa manfaat kepada kita sendiri juga ummah secara keseluruhan. 

Entry kali ini dibuat berdasarkan masa yang begitu banyak terluang di rumah setelah berhempas-pulas melayan kerenah Sara, Hana dan Fateh Rasyad, timbul idea untuk mengisi kekosongan di blog kelas terchenta ini. Moga entry ini juga bermanfaat kepada anda, ingin benar saya kongsikan pengalaman ini. Betul-betul haliou. 
Buat pengetahuan, reader/s di luar sana-kami para guru pelatih seluruh IPG di Malaysia sedang bercuti semester dari 27 Mei 2011 hingga 18 Jun 2011. Jadi, kami ( saya bersama Asiah Wahid, Hasniza Hasan, Atiqah Wahab, dan Atiqah (math 2) telah menghadiri suatu seminar seperti yang tertera di bawah. 

wakil IPG KDRI. aceceh.~
juga tidak ketinggalan, Ust. Arifuddin sem 7 yang ditemui di seminar tersebut.

Konstantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tenteranya adalah tenteranya. [Hadis]

Poster Seminar Al-Fateh



Seminar ini telah bermula pada pukul 9.15 pagi dan sarat dengan pengisian, perbincangan, persoalan, persembahan dan juga vt tentang Sultan Mehmet 2 a.k.a Al-Fateh. Panel yang dijemput ialah Dr. Eeman Muhammad Abbas dan juga Ust. Haji Hasrizal Jamil dan tidak ketinggalan pada majlis penutup, ucaptama oleh Prof. Redzuan Othman yang sangat menghiburkan hati. Sebelum terlupa, turut hadir adalah Pak Latip sebagai ucaptama pada majlis pembukaan seminar ini.
Dr. Eeman dan slidenya yang berbahasa Arab.
Seminar ini secara keseluruhan sangat bermakna buat saya, kerana, memberikan secara jelas tentang kehebatan pemikiran Sultan Mehmet 2. Slot Dr. Eeman secara keseluruhannya menjelaskan kepada kami tentang Kerajaan Uthmaniah dan siapakah dia Sultan Mehmet 2.~ Penjelasan yang begitu menarik oleh Dr. Eeman walaupun beliau berbahasa Arab fully, tidaklah menjejaskan mood dan juga para penuntut ilmu yang hadir kerana adanya kehadiran Ust. Syaari a.k.a Pengarah Projek Seminar ini mentranslatekan penjelasan Dr. Eeman. Pada pandangan saya, mungkin tidak menjadi suatu kesukaran bagi Ust. Syaari kerana beliau sendiri adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa Arab dari UIAM Gombak. 

Pengisian yang begitu bermakna daripada Ust Haji Hasrizal pada slot kedua sangat memotivasikan saya kembali untuk menjadi Al-Fateh (pembuka) kepada keluarga, sahabat-sahabatku, ummah ini dan seluruhnya. 
Slot Ust. Hasrizal juga memberikan pencerahan minda tentang betapa usaha memerlukan dua elemen penting iaitu usaha syariatullah dan sunnatullah. Saya tertarik sungguh dengan kisah Pak Haji dan Ah Chong yang menanam benih padi. Sungguh membuka mata saya tentang betapa kejayaan memerlukan dua elemen ini.[Baca lanjut di sini]

Bagaimanalah kematangan Sultan ini ketika berusia 21 tahun sudah berjaya menjadi pemuda yang begitu hebat. Paling dikagumi adalah beliau mampu untuk bertahajjud tanpa meninggalkannya sejak beliau baligh. Allahu Akbar.~ Mungkin, salah satu faktor beliau tidak pernah meninggalkan adalah kerana rapinya beliau membuat perancangan tentang strategi pembukaan kota Kostantinople @ Istanbul. Beliau tidak punya masa untuk tidur kerana sibuknya beliau memahami segala strategi. Kuatnya komitmen beliau. Tak terjangkau di benak saya, bagaimanalah besarnya pertolongan Allah kepada mereka lantaran mereka juga begitu taat kepada perintah Allah SWT.

Slot penutup oleh Prof. Redzuan juga tidak menghampakan kerana beliau merumuskan semua persoalan daripada kami sebentar tadi kepada para panelis seminar 'ibrah ini. Ini kerana Prof. juga adalah ilmuan yang begitu handal tentang selok-belok berkenaan Kerajaan Uthmaniah dan juga Sultan Mehmet 2 ini. Malah, menurut beliau, beliau telah menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang telah disebutkan seperti Masjid Abu Ayyub Al-Ansari (sahabat besar Nabi SAW yang telah terkorban dalam misi pembukaan Konstantinopel, yang Nabi juga diberikan rumah oleh beliau semasa hijrah Nabi ke Madinah), Maqam Sultan Murad 2, Maqam Sultan Al-Fateh yang sangat zuhud kedua-duanya tokoh pemimpin Islam ini. 

Ada satu phrase yang saya sangat ingat sampai hari ni berkenaan cerita Sultan Al-Fateh adalah, Sultan Al-Fateh telah dilantik menjadi Sultan sebanyak dua kali, Sultan Murad telah melantik beliau menjadi Sultan pada usia 12 tahun (kalau tak silap), kerana keinginan Sultan Murad 2 yang sudah berusia untuk menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah SWT.
Maka kali pertama beliau menjadi Sultan, terdapat serangan daripada negara luar mungkin Hungary. Lantas, Sultan merasakan kurangnya persediaan, maka, beliau pun mengutuskan kepada ayahandanya untuk meminta bantuan. Suratnya berbunyi begini, (versi cerita Prof.)
" Ayahanda, kerana ayahanda yang melantik anakanda menjadi sultan, maka, sekarang anakanda adalah Sultan. Seperti yang ayahanda maklum, semua orang perlu patuh kepada Sultan. Dengan ini,  Sultan Al-Fateh memerintahkan ayahanda menjdi Sultan semula."

Maka, kerana wara' dan tawadhuknya, Sultan Murad 2 itu, maka, Sultan Murad pun menjadi Sultan semula, hinggalah tiba saatnya Sultan Al-Fateh menjadi Sultan buat kali kedua pada usia 18 tahun dan mengambil masa 3 tahun sahaja mengatur strategi yang benar-benar ampuh untuk menakluk Kota Konstantinopel @ Istanbul.

Seminar ini berakhir pada pukul 6. Agak lewat sejam disebabkan Prof. hadir lewat ke seminar berikutan beliau baru sahaja kembali dari Mesir atas urusan kerja. ~ Itupun, alhamdulillah sangat sebab berkesempatan bertemu beliau dan ingin sangat jumpa beliau lagi. InsyaAllah. Kagum juga mendengar cerita beliau mengenai komitednya beliau untuk berjaya, iaitu belajar 24/7 jam~

Panelis Seminar Ibrah Pembukaan Kota Konstantinople 2011


Prof. bersama Ust. Haji Hasrizal

    Semoga perkongsian semalam menjadi titik mula kepada resolusi Seminar mahu menjadikan Seminar Ibrah Pembukaan Constantinople 1453 ini sebagai acara tahunan nasional setiap kali menjelangnya 29 Mei di negara kita.  
baca lanjut review di sinidi sini, dan di sini.

Akhir kalam, bagi peminat Sultan Al-Fateh ini bolehlah mendapatkan buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh karya Ust. Syaari dan juga novel Pak Latip iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinople. Anda bolehlah rujuk Syeikh Google sebelum nak beli or pinjam pada sahabat handai atau di perpustakaan terdekat.

Saya kira sudah tibalah masanya untuk kita sebagai umat Islam menanam dalam diri untuk menelurusi sejarah Islam supaya sejarah ini dibaca dengan mata-hati, letakkan jiwa dan fikrah anda di dalamnya, bagaimanakah keadaan anda untuk membangunkan diri dan ummah ini. Sudah-sudahlah dengan masa kita yang terbuang selama mungkin 20 tahun, sama-samalah kita bergerak maju melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. InsyaAllah.
Selamat menghabiskan cuti dengan perkara yang bermanfaat dan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. 

Jumpa lagi di lain entry, tutup entry dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-'Asr.
Nukilan,
DyanaShaifulHaq
00.50 am
2 Jun 2011.
Qpax, Batu 12, Kajang

5 comments:

Asiah Wahid said...

salam~...

sya sebagai alumni seminar (seperti yang diwar2kan) mmg rase kehebatan diri sultan Muhammad Al-Fateh... strategi yang mantap+akhlak diri terpuji sememangnya wajar dijadikan tauladan~...

teringat kata-kata drpd Saiful Islam yang didgrinya dalam ucapan Al-Marhum Prof Necmettin Erbakan ketika pergi ke Turki dahulu...

“Manusia yang tidak menguasai Sejarah, tiada tempat buatnya di masa depan”

Benar, belajar+kuasai+hayati sejarah, mampu memandu diri+keluarga+sahabat+bangsa ke jalan yang lebih hebat dan paling diredhai-NYA~insyaALLAH...

Bersamalah menjadi generasi ULUL ALBAB yang fikirnya adalah zikir~

"3:190-191"

KiTaORaNG AdaLaH.... said...

Salam alaikh....
Sila berkunjung ke blog koleksi nota PISMP Ambilan 2011 di http://notapismpks.blogspot.com dan dalam tu ader mcm2 nota yg telah dan akan kita belajar, bukan nota untuk Kajian sosial saja, malah nota PKK, FPK, ENGLISH, TITAS dsb...semoga bermanfaat, dpt digunakan utk perbentangan dan kerja kursus nnt.... hebahkan pada kwn2 yg lain jugak,
Wassalam

Unknown said...

Alhamdulillah, selesai membaca Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh and Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinople. sangat kagum dengan kuatnya daya fikir dan zikir umat Islam terdahulu. Reflek kembali, bagaimanakah kita hari ini?

Saya memandang begitu luar biasanya semangat umat Islam dan ketuanya sendiri tentang bagaimana mereka terus berada dalam keyakinan yang sangat tinggi terhadap Allah bahawa kemenangan tetap berada bersama mereka setelah berkali-kali cuba untuk memasuki Kota Konstantinopel melalui pelbagai cara, namun begitulah Allah telah menetapkan, tiada jalan mudah untuk berjaya, maka perlunya atas usaha gigih sepasukan. SubhanaAllah. Justeru, kita masih mampu untuk bersama-sama meraih semangat luar biasa ini dengan kekuatan usaha dan tawakkal kepada Allah.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (QS Ali 'Imran 3 : 173)

Unknown said...

to asiah : sedang membaca Secangkir Teh Pengubat Letih, mahu mengenali dengan lanjut suasana Turki dulu dan kini. Mudah-mudahan tertunai hajat ke sana pula, justeru dapat mengambil iktibar Islam di Turki dan sekularisme di sana.

to KS : Syukran atas makluman. InsyaAllah, bukak sem kami forward dalam liqa' kelas.

Asiah Wahid said...

to dyana~...

saya dah abeh baca buku secangkir teh pengubat letih... sgt best, sgt bermanfaat~... kite hanya kenali Turki dengan sekularisme tetapi kita lupa banyak tempat di turki mengamalkan islam dengan baik.. banyak ibrah yang dapat tentang turki~....^__^..

*teringat dlm buku tu, boleh kenali personaliti diri tgk dari cara makan daripada pak turkey tu... cepat makan dengan lambat makan~..hu3~...

urm, buku sudah dihadam, pelbagai ilmu dapat dicerna, tapi dari segi praktikal blum terlaksana~...~

muhasabah yang sudah berkali-kali, semoga timbul perasaan istiqamah dalam stiap amalan yang dilaksana~ ameen~...