1) BERTENANG : Bertenang boleh membantu mengurangkan stress dengan menghentikan kitaran stress di peringkat permulaan.
2) BERNAFAS secara dalam : Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
3) BERKATA "relakslah" : Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stress.
4) BERIBADAT : Banyakkan solat sunat, berzikir & berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi & melegakan perasaan..*RUJUK > Surah Al-Imran:200, Surah Al-Baqarah:45*
5) BERKONGSI perasaan atau masalah dengan seseorang : Jangan pendam perasaan atau masalah, sebaliknya kongsi dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau sahabat
6) BERURUT : Dalam keadaan stress, otot-otot di leher, kepala atau bahu akan tegang tanpa disedari
7) BEREHAT & mendengar muzik : Berehat sambil mendengar muzik yang lembut
8) BERIADAH :
9) BERSENAM : Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stress.
10) BERFIKIRAN POSITIF : Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Okay ni la tips "10B"..kita boleh gunakan tips2 ini bila-bila masa sahaja yang kita rasa "STRESS" datang menjengah..tp kalau hidup ni tiada masalah @ stress bukan kehidupan la namanya kan? sesungguhnya manusia itu sentiasa diuji dengan ujian-ujian..“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Walau sebesar mana sekali pun stress yang kita alami insyaAllah dapat diatasi kerana "Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan kita" setiap masalah PASTI ada jalan penyelesaiannya..LA TAHZAN
Setakat ini sahaja entry untuk kali ini..
p/s: selamat menempuh minggu peperiksaan..BITTAUFIQ WANNAJAH !
1 comment:
tips yg sgt berguna dan menarik....syukran kathiran..i'Allah dapat memberi manfaat terutama kpd kwn paI 2....mOga berjaya dalam final exam dan juga berjaya di dunia dan akhirat kelak....All Da Bes!!=D
Post a Comment