20110504

Latar Belakang Surah Al-Hujurat (EPISOD 1)

Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada-Nya yang sentiasa memberi masa, ruang dan peluang dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba-hamba-Nya bertaqwa. InsyaALLAH. Kami memohon seribu keampunan dan sejuta kemaafan dari antum semua atas kelewatan kami meng’update’ blog dan antum semua sentiasa menantikan entry yang terbaru.(cEEEwah).

Jadi sekadar permulaan, kami memberi sedikit pengisian mengenai Surah Al-Hujurat. Dan marilah kite berkenal-kenalan dengan Surah ini. tak kenal maka tak cinta, dah kenal perlulah baca dan hafal yerk..



Latar belakang surah Al-Hujurat dinamakan Al-Hujurat, jama' (plural) kepada 'hujrah' yg bermaksud bilik. Ia merujuk kepada rumah RasuluLlah saw yang hanya rumah asas satu bilik.

Kalimah hujurat ditemui dalam ayat ke 4 dan kerana keunikannya, maka surah ini dinamakan Al-Hujurat (Bilik-bilik) [Syaukani, Fath alQadiir/2/331) Surah ke 49 ini diturunkan di Madinah pada tahun ke 9H selepas Fath Al-Makkah (Pembukaan Kota Mekah).

Selepas Nabi membuka Kota Mekah pada tahun ke 8 Hijrah, tahun ke 9 dikenali dgn 'Tahun Delegasi atau Perutusan' di mana kabilah2 Arab di Semenanjung Arab berpusu-pusu mengutus delegasi untuk menemui RasuluLlah saw mewakili kaumnya.

Oleh kerana kabilah2 ini adalah Arab badwi, maka akhlak mereka adalah amat kasar kerana persekitaran padang pasir. Maka turunlah surah Al-Hujurat meluruskan dan membentuk acuan adab dan akhlak terhadap pemimpin terutama RasuluLlah saw.

[Ibn Mardawaih dan Al-Baihaqi dari Ibn Abbas] Sayyid Qutb dalam Tafsir AzZilalnya menulis dgn amat indah mengenai muqaddimah surah Al-Hujurat. Umat contoh yg hebat ini (generasi pertama Islam) tidaklah lahir secara mendadak atau kebetulan atau sekelip mata, tetapi umat contoh ini lahir dalam satu siri proses yg panjang dan bertahap, maka turunnya surah Al-Hujurat ini adalah sebahagian dari proses membentuk umat contoh ini hingga lahir sebagai suatu kelompok umat yg paling unggul dalam sejarah kemanusiaan.

Seperti yang ummi katakan Surah Al-Hujurat ini merangkumi konsep interpersonal dan perlulah dikaji dan hayati untuk menguasai sebaiknya konsep interpersonal yang telah dinyatakan dalam Surah ini. Jadi apa lagi, silalah tadabbur surah Al-Hujurat ini dan nantikan entry seterusnya daripada kami berkaitan Surah Al-Hujurat.



SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HUBUNGAN KITA

p/s : krew update bulan 5, rajin2 la update tau...^_^...

1 comment:

Unknown said...

Kelebihan surah al-Hujurat~
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

[tk pasti sahih ke tk, tp, al-Qur'an mmg byk manfaatnya, kan]

Ni la, surah yang Umi suggest untuk kita hafal and understand of course for our interpersonal skill~
OK. Selamat beramal.
[ Buat renungan, dlm banyak-banyak ayat al-Qur'an yang da kita baca, adakah telah kita apply semua yang kita baca dalam segenap aspek kehidupan kita.
Aduh, malunya kita sebagai umat Islam, sbg hamba Allah SWT jua, bukanlah Allah SWT yang menjauh, bahkan kitalah yang menjauhkan diri lantaran gagalnya kita apply apa yang kita tahu, jauhnya kita berbanding generasi para sahabat...]

Ternanti-nanti post untuk epi. 2.~