20110415

Ikhtilat

Cerita ni aku bace kt blog member lame aku, aku rase wajar aku tayang kt cni sempena Bulan Ibadah : Ikhtilat.


Sepasang pasangan bercinta berjalan-jalan tanpa tujuan di sebuah kompleks membeli belah.Tangan si jejaka erat menggenggam tangan si gadis ayu, buah hati tersayang.Berjalan lagak mereka lah pasangan paling bahagia.

Sekali-sekala si gadis melentok-lentokkan kepala ke bahu si jejaka.Puas berjalan, mereka duduk di sebuah kerusi kayu.Si gadis mengeluarkan kamera. Ingin merakam gambar bersama.

Mereka ternampak seorang kanak2 lelaki, lingkungan 12 tahun seperti sedang berkejar-kejaran dengan adiknya.

“adik, boleh tak tolong ambilkan gambar akak ngan abang?” si gadis tadi menyapa budak itu sambil menghulur kamera.

Budak itu sedikit terkejut kerana tiba2 disapa begitu. Kamera di sambut tapi matanya tidak membelek kamera. Pasangan itu di tenung lama. Dari atas ke bawah. Si gadis sedang sibuk ber’posing’ memaut lengan si jejaka.

“akak ngan abang ni dah kahwin ke belum?” budak itu bertanya sambil mata tidak lepas merenung mereka berdua.
“belum. Tak lama lagi kami kahwin lah,” dengan muka selamba si gadis menjawab.
“mak saya kata berdosa buat macam abang ngan akak buat ni. mak kata, lelaki tak boleh keluar dengan perempuan yang belum jadi isteri dia. Keluarga je boleh. Pegang2 tangan pun tak boleh.”

Terkejut dengan jawapan budak itu, si gadis memuncung muka. Kamera terus di ambil. Budak itu kemudian berlalu dari situ.

Si gadis yang sudah memasam muka menarik tangan si jejaka mengajak berlalu dari situ.Si jejaka tidak mempedulikannya tetapi matanya masih menatap budak tadi.

Tiba2, si jejaka bersuara..
“bagusnya kalau kita dapat anak macam tu…..”

???????????????????????

Anak kita adalah masa silam kita.

Cerita ini aku ambil disini http://everythingsong.blogspot.com/2010/10/dah-kahwin.html

Wahai wanita-wanita, jagalah maruah kamu,jgn mudah tertipu dgn cinta manusia.

Renungilah kata-kata ini :

"Untuk mu Wanita Solehah,
jgn risau akan jodohmu
kerana muslimin yg bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita
yang hanya pada kecantikannya
atau lirikan senyuman,
atau pada bicara manja yang menggoda
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa adam yang kau nantikan
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bg memimpin diri mu
Kerana pada wanita itu
pasti ade kekurangannya
dan adam yang benar-benar layak
pasti akan hadir
untuk melengkapkanmu"


15 comments:

Adibah Ibrahim said...

Sori la aku update kt bln April ni. sori April's Crew...
aku bosan, so aku update la blog ni..

dyana shaifulhaq said...

weh, ~sampai hati kau terus terang
aku tgah update, tibe-tibe hilang idea
aku pun bosan.

da la macam aku ngn kau je asyik komen. tet.~
haiya.
[terus terang lagi]
dak-dak pai 2 yg lain, mane korang ni?

Adibah Ibrahim said...

bile nak citer pasal ETKPC???
x sabar aku nak bace..kenangan manis 2...
aku bkn sengaja nak sakitkan hati April's krew tp nak buat cm ne, hati mate aku sakit sbb asyik tgk post yg same je...lg 1 aku x tahu la mane dak Pai 2 yg lain, dorg suke gune cbox 2 je..sedih rasenye...huhu...aku rase selalu je dorg bukak n bce blog ni...
nak buat cm ne, kite je yg suke komen kt ruangan ni..

Anonymous said...

assalamualaikum~~biasa la..sekrg kan dn sebelum ni kita sibuk dgn tugasan yg ada dn komitmn dgn tugasan lain..insyaAllah lepas ni mgkn akn terisi ruangan ni...insyaAllah...

dyana shaifulhaq said...

haha. tk terasa pun.
aku mmg nak update td, tp, sbb pnt sgt jogging kan,
ttdo-tdo.

jap, aku try lagi nak bagi balik ade mood XPDC TAsik Kenyir.
Adesss......

to anonymous : Wah, bagus, nmpk la smgt yg tinggi nak bagi kerjasama. Ayuh, update n komen as well

Anonymous said...

wahai wanita...
peliharalah akhlakmu krna ia kehidupanmu

peliharalah agama kerana ia adalah nyawamu

peliharalah budi pekertimu kerana ia lukisan hidupmu

peliharalah amalanmu kerana ia adalah pakaian ukhrawimu

peliharalah lisanmu kerana ia adalah hatimu yang menentukan baik buruk dirimu..

-kata-kata dari...utk renungan kita bersama..insyaAllah

dyana shaifulhaq said...

footnote kene ade. hehe.~

Anonymous said...

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

jom baca i luv islam..
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=929

Anonymous said...

salam ziarah~~
assalamualaikum...ada juga sedikit mklumat yg bleh kita kongsi bersama...sekadar perkongsian bersama.iaitu mengenai DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT..

lebih baik baca dri laman itu sendiri dr ana tulis dcini,x tertulis rasanya...nk copy pn x elok juga..sbb pnjg..jd lbh baik dn lbh afdal sahabt2 smua bc d laman itu sndri..
sekadar mnmbhkn lg ilmu kita, dn perkongsian kta brsama..insyaAllah..mgkn dpt kita reflek blik dri kita..insyaAllah..

http://mr-iq.blogspot.com/2010/12/ikhtilat.html

sekian terima kasih...

dyana shaifulhaq said...

cik Anonymous yang baik, thnx.

secara jujur, saya akan cuba baca. hehe. insyaAllah.

ps, ape kate cik Anonymous tulis name, bukan kite nak identify cume menghargai name cik Anonymous. hehe. klu tk keberatan.
lebih dari tu, blh la kite eratkan hbgn sesama Muslim.

Anonymous said...

Hans_up~
hohohohohohoho~
first time commnt kat sini..:D

dyana shaifulhaq said...

TAHNIAH~:)

Adibah Ibrahim said...

bersemangat aku bace sbb ustaz hanafi yg komen, 1st tym plak 2...Mabruk..

dyana shaifulhaq said...

aceceh, hanafi~
naikla saham pasni.

Anonymous said...

Again, use your intuitionYou can have a second person hold the dog while you wash him if you're using an area too large to fence him in Consider this for a moment!So what is Free Will in the first place?Free Will is very simpleThe simple, softheaded strategy is pre-empting the attack through applying Challis's technology
Click below for CD's and cassette tapes to help you overcome anxiety and panic attacks But do you know what to do in a dog health emergency?Approaching Dog Health Emergencies: Two StepsIn any dog health emergency, stay calm and think bottle

Arian Foster Women's Jersey
Brandon Marshall Youth Jersey

They kept right on thanking Him The Haloid Company for the first time in 1949 developed electrography for commercial use The effects of the mistakes he makes in his ministry does not reflect back in his life alone but it is suffered at an exponential magnitude in the lives of the people he is ministering to Death is a human or physical concept and in truth you do not have to leave your physical body behind

Arian Foster Elite Jersey