20101105

Perilaku Pintar [Smart Behaviour] 01

Assalamualaikum w.b.t...
Ok, 1st skali marilah sama-sama kite mengucap syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi dan mengurniakan kepada kita bermacam-macam jenis nikmat. Pada post kali ni saya nak berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada Buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah, hasil karya Dr. Mohammad Ali Toha. Slot pertama ini bertajuk seperti di atas ye..


Allah berkata dalam surah Muhammad, ayat 38, mafhumnya :
"Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin.Apabila kamu berpaling[daripada jalan yang benar], Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu."


Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru. [Buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah, hasil karya Dr. Mohammad Ali Toha]


Sedekah dapat menghindarkan kita daripada penyakit. Kita seharusnya sentiasa ingat bahawa nikmat yang kita kecapi pada hari ini semuanya adalah daripada Allah s.w.t.


Jadi, ayuhlah sama-sama kita menanamkan sikap suka menderma dalam diri kita ini. tidak kira sebesar dan sekecil mana dermaan kita itu asalkan kita ikhlas untuk menderma, InsyaAllah, Allah akan memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada kita.


Ok, lain kali kita sambung perilaku pintar yang ke-2 plak ye...
Syukran...semoge kita dapat amalkannya.

6 comments:

Islamic Education 2 said...

sedekah bkn setakat dengan duit malah senyum itu merupakan sedekah juga.

Anonymous said...

kredit toooo dibah.....semoga semua pai2 sihat2 sokmo~~~~cukupkan 365 hari tau....

Asiah Wahid said...

wah2~..syukran atas perkongsian...

bersyukurlah dengan nikmat yang diberi ALLAH kpada kita~...alhamdulillah..

mafhum ALLAH dalam surah Al-Nahl : 18
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

alhamdulillah, ya ALLAH segala nikmat yg Engkau berikan...

semoga nikmat ALLAH ini, kita manfaatkan sebaiknya...strive for mardhatillah...

p/s: ana akan nantikan entry kamu tentang ini...^_^

Anonymous said...

THNX to diebah.
hehe.
Hmm, pasni blhla request utk bagi kuliah maghrib kan kat balai.
:)

Ok, mmg patut kite bersedekah kan. Just nak share, teladan daripada sikap para sahabat yang mulia, iaitu, Saidina Abu Bakar yang sanggup infakkan hartanya keseluruhan ke jalan yang diredhai.
~Bila Rasulullah tanya, "Apa yang tinggal utk kamu dan keluargamu?"
Saidina Abu Bakar jawab, "ALLAH dan RasulNya," Betapa yakinnya beliau kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki.

Inilah yang patut kita contohi daripada para sahabat,
(reminder for me as well)

N Saidina Umar r.a dan Abdul Rahman bin 'Auf r.a pula, infakkan 50% hartanya ke jalan Allah.
SubhanaAllah.
Yakinkah kita yang rezeki kita sudah tertulis, tinggal utk berusaha, kemudian infakkan(derma kan) kepada jalan yang diredhai?

N, cuba reflect sikit, agak-agak elaun kita sampai tak 50% kita hulur sikit ke dlm tabung Balai Islam?

(Same-samelah kita mengejar Keredhaan Illahi, semoga usaha kecil kita membawa kita kepada ALLAH, Ameen)

deluxe786.~

Islamic Education 2 said...

InsyaAllah..syukran atas perkongsian crite 2...InsyaAllah..ayuhlah sama2 kite refleksi diri kita, bermuhasabahlah diri kita yg hina ini...

Anonymous said...

AhSAnTI...=D