20101106

Perilaku Pintar [Smart Behaviour] 02

Assalamualaikum w.b.t. 
Bertemu kite skali lg untuk Smart Behaviour yg ke-2 pula. 


Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yg berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat. [Buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah,(2010), oleh Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf] 


Perilaku Pintar yg ke-2 ini menyatakan sifat marah akan mendatangkan banyak penyakit seperti tertulis di atas. Selalu dalam drama melayu wujud adegan si bapa marah si anak yg melakukan perkara yg memalukan dan si bapa akan sakit jantung.  Sememangnya sifat marah itu tidak elok dan perlu bg kita untuk menjauhinya. Sebagai manusia biasa kita x kan lari daripada perasaan marah tetapi tidak mustahil bg seorang hamba Allah itu untuk mengawal sifat marah yg terdapat dlm diri individu masing-masing. Cuba kita renung kembali sirah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana susahnya Baginda untuk menyampaikan dakwah. Baginda sentiasa dihina, dilemparkan dengan najis, dihalang dengan duri-duri dan bermacam-macam dugaan dan cabaran yg perlu Baginda hadapi tetapi tidak sekali pun Baginda marah kepada org2 yg melakukan perkara sedemikian kpd Baginda. 


Ni saya ambil daripada http://hafizotulquran.blogspot.com mengenai cara dan langkah untuk kita sebagai hamba Allah s.w.t ini menghilangkan sifat amarah kita. Antara langkahnya ialah :
  1.  Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
  10. Ingatlah bahawa Allah sentiasa menguji kita dalam pelbagai cara. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menempuhinya. Allah hanya menguji mengikut tahap keimanan kita terhadap-Nya.
  11. Tanamkan sifat sabar dan sentiasa redha dengan apa jua dugaan. Kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar sama ada baik atau tidak kita perlu terima. 
  12. Selalu melatih diri untuk memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada orang yang pemaaf.
  13. Jika anda sedang berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InshaAllah kemarahan akan mulai reda. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. Firman Allah:“Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl: 125)
Imam Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Sebagai manusia kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Ayuhlah sama2 kita mengamalkan perkara2 yg tercatat di atas. Perkara yg perlu diambil cakna di sini ialah KAWAL SIFAT MARAH krn marah akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit.

Pesanan penaja, senyum lebih indah daripada marah, senyuman juga akan menjdikan kita sentiasa kelihatan muda.

WaAllahhu a'lam.                                      
                                                                                                                       di taip oleh : Dr. ........

7 comments:

Anonymous said...

ditype oleh; bukan dr.cinta~ keh3 =D

-dr.cinta malas sign in

Islamic Education 2 said...

hurm..mmg bukan pun~..
PAI 2 kelas doktor2 ustaz dan ustazah~..^_^...


ditaip oleh : dr sihat...^_^

Anonymous said...

yes btol, dr. kesihatan ye bkn dr. cinta...hehehe..

[adibahibrahim]

Unknown said...

sile sign up gune gmail bg memudahkan urusan harian.
yep dengan marah pun, kita pilih antara dua, sama ada sabar or dendam.

of course yang terbaik tu, sabar dengan ujian Allah, sabar dengan minta pertolongan dengan Allah.

tp mmg normal pun marah ni. cuma orang-orang yang kuat yang mampu menahan marahnya. dan hakikat yang perlu ditelan, ialah, kesusahan ujian tu ialah pada menahan sabar apabila didatangkan ujian.~

hmm.

Anonymous said...

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.


b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa
tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak
dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.
Kemrhan yg meluap-luap dilupai akn memburukkan wjh pemrh, menyempitkan salur drh, disebbkn berlumba-lumbanya syaitn di dlm salur drh untuk menyucuk butir-butir kt dn tindkn penuh mazmumah. Mk lahirlh kemrhan yg disorak-sorai olh syaitn laknatullah

di manakah kita berada????rsnya sy tahu dimn sy brada...hrp dpt kwl dri dn Allah sntiasa dekat di hati....amin....ya Allah jauhilah aku dari hasutan dan godaan syaitan....

FaDie said...

begitu menarik info @ topik kali nie..

Pesanan Luqmanul Hakim,
Jika mencari kawan sejati, ujilah dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah, bila dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka ambillah dia sebagai kawan.. jika dia sebaliknya.. maka berhati-hatilah..

marah ini kalau tidak dikawal habis segalanya..

Orang yang beriman ialah.. lambat marahnya dan cepat reda marahnya.. mampukah kita???

tepuk dada tanya iman..

Anonymous said...

tepuk dada tanya iman ye, farah...betul2~..

iman kata tanya ilmu dan juga amalan.. iman yang baik dizahirkan dengan ilmu yang dimiliki, dan amalan yang dilakukan..

tinggi rendah iman, kita tentukan... baik buruk kita tahu, kita pilih..dan kita jugalah kadang-kadang menjadi pemilih yang kurang bijak..

*semoga kita menjadi golongan yang lambat marahnya, cepat reda marahnya...ameen..^_^