20101028

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.




Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku)Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku) 



 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

~~tiba-tiba rasa nk kongsi tntg perkara ni...ni pun terbaca n ambik dari "muka buku"...tba2 rasa taggungjawab tu dtg untuk kongsi dengan semua sahabat2..untuk kita amalkan dlm kehidupan dan ibadah kita.insyaAllah...tima kasih..~~


7 comments:

Asiah Wahid said...

syukran atas perkongsian~...
sharing is caring...
caring is loving~..^_^

bersamalah kita mentadabbur Al-Qur'an untuk tahu ayat-ayat cinta Allah buat kita...strive for mardhatillah..^_^

Ummu Khalyf said...

aplikasi nampak tang ayat quran tu, =)

Islamic Education 2 said...

semestinya~...

setiap ilmu yg dipelajari perlulah diamalkan..^_^...

Anonymous said...

kita perlu juga letak ilmu yg bru kite dpt dr ustaz Abdullah zaki mengenai maksud doa qunut yg salu kite bce tiap2 kali solat subuh.

Unknown said...

hehe.
thnx to me ok.

hmm. bagus jugak peringatan yg kecil tp bermakna ni~

luv this.
luv ALLAH more.

Ya ALLAH, jadikan hati kami bertaut hanya kepadaMu, menyembahMu tanpa jemu, sentiasa mencari keredhaanMu setiap waktu, Ya Allah Yang Maha Memaafkan, ampuni dosa kami yang terdahulu, akibat jahilnya kami, lalainya kami.

Ya ALLAH Yang Maha Besar.
Ameen.

Islamic Education 2 said...

boleh2 cik dibah...
nnt enti boleh la update blog dengan kuliah ustaz ki tu... sharing is caring kan2...

maybe cerita pasal hidayah dalam doa qunut pun da panjang...xpe2 buat peringatn kita semua~..


to cik dyana..

baik~..credit to youlah~..ho3~..

ameen2x Ya, Rabbal'alamin...

Unknown said...

Hmm. Dieba, tu kene berpart-part punye entry tu.
hehe.

takpun, suggestla kat balai islam. suruh dyorg buat blog, lepastu, masukkan semua nota-nota kuliah maghrib.

~ok tak.
hehe.