Hati bak raja dalam diri, dia lah yang mengawal diri. Hati merupakan seketul daging yang boleh menghancurkan manusia ataupun memartabatkan manusia. Jagalah hati. NAMUN, kita cuma manusia biasa yang seringkali tersalah arah.
Allah mencintaimu dengan nikmat mengapa membalasnya dengan maksiat?
Fikir-fikirkanlah teman.
TAPI jika kita still nak buat maksiat dekat Allah; ini dia syaratnya.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
1."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
2."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
4."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
5."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
sumber

p/s: Tak terhitung NIKMAT Allah yang kita dah gunakan =')
2 comments:
Hmm. good point there.
kisah yg biase dengar. kisah yg biase utk bace.
tp bile kite bace, sbnarnye bkn shje bace tp kene penghayatan.
takkan blh kite lari dr rezeki Allah, pergi mane2 yg Allah xnmpk...
sbb Allah tu Maha Sempurna.
jadi, sntiasalah kita cuba utk bersihkan hati dgn memaafkan org lain,
sntiasa berzikir,
sntiasa istghfar,
sntiasa tahajud.
nak share sikit ;
ari tu ade dgr kuliah dr ust
zahazan psl penjagaan hati, if nak jge hati, mmg di antarenye kite kene solat tahajud.
n kebaikan dr tahajud ni sbnarnye blh avoid us from cancer.
n if kite practice dr skrg insyaAllah mase kite da keje esok xdelah berat sgt mate nak bgn. cube2 la...
lagipun, kite kan percaya bhw apa yg Allah suruh xkan punye sia-sia kan...
mujahadah utk lawan nafsu tu mmg SUKAR, PAYAH, PAHIT, SAKIT,
tp ingtlah keredhaan Allah kan plg utame.
hmm. ok. smbung Akhlak. hah-dateline makin dekat.;(
that was very true my dear~=D
baca dengan penghayatan
Post a Comment