20130112

Jadual kuliah PISMP Semester 5/2013


Bismillah, assalammualaikum,
Jadual kuliah ; bolehlah sahabat-sahabat refer untuk memudahkan urusan.



May Allah SWT bless us, in shaa Allah. Semester ni mula praktikum sebab tu jadual agak penuh setiap hari. 
Moga Allah mempermudahkan jalan ilmu ini, wadah untuk mendidik masyarakat dan diri sendiri.

#Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (58 : 11)
Bittaufiq wan Najah untuk fatrah ini. (senyum dan baca doa belajar). Seperti tips Ust. Md. Nor (Pensyarah JAPIM) biasakan murid-murid nanti menghafal dan membaca surah Taha, ayat 1-5 di samping doa belajar yang rutin, untuk tips hati lembut dan dengar kata dan menjadi anak-anak murid yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan.



20120718

Penyantun (task Akhlak)

Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pembaca. :D
Syukur, alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang Tuhan berikan kepada kita, yang tarbiyahNya sangat halus untuk difahami dan direnungi.

Entry kali ni akan berkongsi sedikit sebanyak daripada task kuliah PIM3107 : Pendidikan Akhlak SR. Jadi, untuk task ini, ahli kumpulan saya (Masni, Aini, Diyana & Ust. Lie) mendapat tajuk : Penyantun dan Lapang Dada (oleh sebab kat kelas, lecturer tak panggil pun untuk present, maka saya memutuskan untuk present kat sini je la, huhu. _frust_). Setelah diberi masa 10 minit untuk brainstorm untuk tajuk ni, maka kami telah memperincikannya di dalam bentuk mindmap


Berkait dengan konteks pendidikan, bentuk grafik sebegini adalah satu kelebihan sebenarnya untuk menarik minat murid-murid untuk membaca sekaligus merangsang daya tumpuan terhadap grafik yang dihasilkan. Adalah sangat boring untuk membaca buku teks di kala peperiksaan, sebab itulah pakar pendidikan dan psikologi juga sangat menggalakkan aktiviti pembelajaran menggunakan peta minta supaya keseluruhan isi pembelajaran dapat dilihat secara menyeluruh. 


Sila tatap mindmap ini dengan baik. cewah. 






Contohi Allah Al-Halim 


Berbalik kepada tajuk yang sebenar, maka penyantun dan lapang dada adalah akhlak mulia yang tidak disangkal lagi, malah Allah SWT juga bersifat sangat penyantun terhadap hamba-hambaNya, kerana apa, buktinya adalah Allah SWT masih memberikan tenggang waktu kepada sekalian hamba-hambaNya yang melakukan kesalahan untuk kembali kepadaNya, yakni Allah SWT tidak segera membalas perbuatan jahat kita dengan balasan yang buruk. Inilah yang dikatakan HalimNya Allah, Al-Halim adalah penyantun. Sungguhla, Allah tu memang baik, see, betapa RahmatNya mendahului kemurkaanNya. 


So kita as His Servant, lebih-lebih lagi lah kan kita mencontohi sifat Allah yang Al-Halim, kan. Cuba tanya balik kat diri sendiri, agaknya berapa banyak manusia yang aku tak boleh nak maafkan atas sebab-sebab kecil je, sedangkan Allah pun tetap santun terhadap hamba-hambaNya, kita ni siapalah sangat kan.

_Reflect_


Dalil daripada Al-Quran 


Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita santun kepada manusia, kadang-kadang kita memang dah terbiasa sangat kan cakap kasar-kasar dengan kawan-kawan, adik beradik, dan bila orang cuba tegur, kita pun balas dengan ayat ni, ala aku da biasa la cakap macam tu dengan dia, kan? Tapi, sebenarnya, boleh je kita nak ubah, boleh kalau kita nak kan. 


Dalam Al-Quran ada sebut untuk kita bersantun kepada orang, ada dalam Surah Al-Baqarah ayat 83 stated that Allah menyuruh kita berbuat baik esp. kepada orang tua kita, ahli keluarga, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, ni empat golongan yang diperintahkan bagi kita untuk berbuat baik, dan lepas tu Allah tambah lagi prasyarat santun ini mestilah berbaik baik tersebut merangkumi kepada orang-orang lain juga, maknanya, kita wajar berbuat baik pada sesiapa sahaja, walau buruk mana perbuatan /perkataan yang dia buat kepada kita. 


Susahlah macam tu....
Aku bukannya jenis sabar sangat...
Sabar aku pun ada taranya....


Memang pun, sabar ni tahap maximum tau, ujian apa-apa bentuk, semuanya start dan mesti berakhir dengan SABAR, itu je pun key dia, makanya nak ke tak nak kita kena train diri kita untuk jadi orang yang sabar, caranya dengan apa? Banyakkanlah pembacaan tentang advantages of being as-sobirin, lepas tu, bangun malam-malam pun sedikit sebanyak dapat kukuhkan kesabaran kita slowly. Lepas tu, mesti-mesti kena doa jugak.


Ada satu part, (untuk perkongsian), saya sendiri memang bukan jenis sabar sangat, bila ada satu part yang buat saya geram sangat, perasaannya hanya Allah lah yang Lebih Mengetahui kan, betapa geramnya terhadap someone tu, disebabkan apa yang dia dah buat terhadap kita, yang obviously memang saja la nak kenakan kita, saya rasa memang da tak boleh tahan masa tu, jadi ;


saya pejam mata,
tarik nafas,
hembus,
sebut La Haula wala Quwwata .... ( tak sempat nak habis ayat ni)
air mata jatuh merintik-rintik,


Masa ni, perasaannya sungguh haru, saya sedih dengan diri sendiri yang tak mampu nak tahan diri untuk sabar atas apa yang dia dah buat. Padahal sikit je, kalau nak banding dengan apa yang orang lain rasa, kalau nak banding dengan cacian, makian, cemuhan yang Rasulullah dapat, para sahabat dapat. Saya, memang masih terkontang kanting untuk latih diri menjadi sesabar mereka. Allahu Rabbi. 


Banyak lagi dalil yang Allah suruh kita jadi baik, jadi santun pada semua orang, semua makhluk. Boleh rujuk peta minda atas tu, cuba nanti cuba-cuba tengok ayat tu, highlight kan dalam Al-Quran mini anda, dan reflect pada diri masing-masing, sejauh mana setakat aku hidup aku ni penyantun orangnya? 


The rest tu boleh baca sendiri kan. Saya tak berniat nak panjangkan entry ni memandang masa yang terhad dengan pelbagai komitmen lain, nak jaga anak, nak masak, nak tengok tv, eh, nak siapkan refleksi KEM UB PPIM, nak siapkan report Bengkel Jawi & Khat yang awesome semalam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Excited nya!


20120628

Ahlan Wasahlan/ WeLcOme semester 4..

"New Semester Chance to Change, New Target Achieve Better, New Heart Always be Closed to Allah"



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum buat semua sahabat Pai2 dan pembaca yang dikasihi..semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung cinta dan kasih-Nya..insyaAllah. Alhamdulillah bermulanya 17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433H yang lepas semua guru pelatih IPG seluruh Malaysia ambilan Januari 2011 telah melangkah masuk ke semester baru (dah sem4 degree rpenye kte,,^^). Eh sebelum tu nak ucapkan Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan sem lepas,sem3..(khususnya sahabat Pai2, ada dapat 4.0 tu..terbaiklah Pai2)..yang kurang berjaya cuba lagi k sahabat semua..jangan pernah rasa berputus asa!

        Dah menjadi tradisi turun-temurun kt bumi IPGKDRI ini bila dah masuk semester baru mestilah ada tampuk pemerintahan yang baru hehe^^ jadi, untuk post kali pertama tentang al-kisah Pai2 ni nk kongsi pasal organisasi Pai2 Semester4 Jun 2012..(maap lmbt ckt post di atas sebab-sebab tertentu huhu)

Ketua Unit (KU) : Mohamad Hanafi b Suparman
Penolong Ketua Unit (PKU): Nor Hazwani binti Mohd Ab Ghafar
Setiausaha (S/U): Nursyafiqah binti Jasni
Bendahari (Ben): Noraini binti Ahmad

AJK mata pelajaran semester 4 terdiri daripada ^^..

1) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105)
    Farah Diana binti Abu Bakar
    Farah Waheeda binti Johir

2) Seni dalam Pendidikan (WAJ 3107)
    Masniwati Binti Abdullah Sani
    Najwa Arifah binti Mokhtar

3) Pengurusan Sumber dan Penilaian Bahasa Arab (BAM 3116)
    Mohamad Farkhan b Ismail
    Nur Nazmin Syamimi binti Abd Halim Fauzi

4) Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith (PQE 3102)
    Adibah binti Ibrahim
    Nur Atiqah binti Abdul Wahab

5) Pengajaran Jawi Sekolah Rendah (PIM 3108)
    Nur Diyana binti Shaiful Bahri
    Wan Nur Ashikin binti Wan Roslan

6) Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah (PIM3107)
    Siti Norasiah binti Wahid
    Wan Nur Aisyah binti Wan Omar

Diharapkan kita semua dapat menjalankan tanggunggjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin..ikhlaskan niat dalam setiap langkah kita..sama-sama kuatkan mujahadah untuk itu.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahuinya (salahnya)".
 [Al-Anfal: 27)


"Setiap hari adalah kesempatan..kesempatan untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik"

InsyaAllah jumpa lagi pada post seterusnya..diharapkan sahabat-sahabat Pai2 akan postkan entry yang menarik-menarik lepas ni ye^^ nanti kte wat jadual cm selalu tu..hehe

Assalamualaikum..jaga diri, jaga iman, jaga hati =)

20120625

[PIM3108] : Pengajaran Jawi SR (Pembahagian kumpulan dan tajuk buku teks!)




Assalammualaikum.
Ni senarai nama bagi ahli kumpulan untuk setiap tahun (setelah dirunding dan dipersetujui. :D)

Tahun 1 : Husna Humaira, Aisyah Omar, Dyana ShaifulHaq & Luqman Yusof
Tahun 2 : Asiah Wahid, Farah Diana Abu Bakar & Nur Nazmin Syamimi.
Tahun 3 : Wan Nur Ashikin, Nur Atiqah & Hidayat Hafid.
Tahun 4 : Noraini Ahmad, Khadijah, Fatin Wahida & Farkhan Ismail
Tahun 5 : Adibah, Masniwati, Hazz Wany & Hanafi
Tahun 6 : Pyka Jj, Fawa, Najwa, Lie Ibrahim.

ok, tugasan selanjutnya, sila get ready untuk setiap tahun, seriously, tk tahula Ust Sabawi nak pick yang mana. Harap-harap tk randomly lah, sbb muslimin tkdo kan esok.
Sila sediakan HSP untuk setiap tahun, tak kisahlah nak print out ke macam mana, tp asalkan ada. Study jugak bnda alah tu, okay.

Seterusnya, kita sekarang ni da pun masuk Tajuk 2 : Analisis dan perincian tajuk (blh refer proforma kan), kira presentation esok-esok ni sama lah mcm sem-sem lepas. Korang da expert pun, so, kira study buku teks jugak, tengok tajuk tu, perincikan lah, sy  pun dok sibuk tengah buat slide jugak, sape-sape ada info or tak faham or rasa nak betulkan apa yg sy  cakap ni, sila lah yer komen. Okay?

Perhatian jugak, nama FIRST bagi setiap tahun tu adalah ketua kumpulan, bagi darjah lima, Masni pun boleh. Sbb Adibah tkdo FB kan. Ketua kumpulan ni wajib bagitahu kat ahli dia keje-keje sekolah ni, okay.


List tajuk Jawi SR

1(KSSR) = 7
BELAJAR HURUF JAWI
BELAJAR HURUF JAWI BERSAMBUNG
BELAJAR SUKU KATA TERBUKA
BELAJAR SUKU KATA TERTUTUP
BELAJAR BINA PERKATAAN
BELAJAR BINA RANGKAI KATA
BELAJAR BINA AYAT

2= 3
MALAYSIAKU MAKMUR
KAMPUNGKU  PERMAI
BAHASAKU INDAH

3 (KBSR)
JILID 1
MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN PINJAMAN
IMBUHAN DAN AYAT PENDEK

4
TANDA BACA
MEMBACA, MENULIS, DAN MENUKAR TEKS

5
JENIS-JENIS AYAT
MENULIS TEKS

6.
MENGENAL DAN MENULIS KHAT NASAKH
MENGENAL DAN MENULIS KHAT RIQ’AH

selamat belajar! Syukran 'ala kulli hal. 

InsyaAllah, penyelaras subjek sedang berusaha ke JPT untuk tuntut hak buku-buku khat secara percuma, doakan kita berhasil.