20120718

Penyantun (task Akhlak)

Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pembaca. :D
Syukur, alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang Tuhan berikan kepada kita, yang tarbiyahNya sangat halus untuk difahami dan direnungi.

Entry kali ni akan berkongsi sedikit sebanyak daripada task kuliah PIM3107 : Pendidikan Akhlak SR. Jadi, untuk task ini, ahli kumpulan saya (Masni, Aini, Diyana & Ust. Lie) mendapat tajuk : Penyantun dan Lapang Dada (oleh sebab kat kelas, lecturer tak panggil pun untuk present, maka saya memutuskan untuk present kat sini je la, huhu. _frust_). Setelah diberi masa 10 minit untuk brainstorm untuk tajuk ni, maka kami telah memperincikannya di dalam bentuk mindmap


Berkait dengan konteks pendidikan, bentuk grafik sebegini adalah satu kelebihan sebenarnya untuk menarik minat murid-murid untuk membaca sekaligus merangsang daya tumpuan terhadap grafik yang dihasilkan. Adalah sangat boring untuk membaca buku teks di kala peperiksaan, sebab itulah pakar pendidikan dan psikologi juga sangat menggalakkan aktiviti pembelajaran menggunakan peta minta supaya keseluruhan isi pembelajaran dapat dilihat secara menyeluruh. 


Sila tatap mindmap ini dengan baik. cewah. 






Contohi Allah Al-Halim 


Berbalik kepada tajuk yang sebenar, maka penyantun dan lapang dada adalah akhlak mulia yang tidak disangkal lagi, malah Allah SWT juga bersifat sangat penyantun terhadap hamba-hambaNya, kerana apa, buktinya adalah Allah SWT masih memberikan tenggang waktu kepada sekalian hamba-hambaNya yang melakukan kesalahan untuk kembali kepadaNya, yakni Allah SWT tidak segera membalas perbuatan jahat kita dengan balasan yang buruk. Inilah yang dikatakan HalimNya Allah, Al-Halim adalah penyantun. Sungguhla, Allah tu memang baik, see, betapa RahmatNya mendahului kemurkaanNya. 


So kita as His Servant, lebih-lebih lagi lah kan kita mencontohi sifat Allah yang Al-Halim, kan. Cuba tanya balik kat diri sendiri, agaknya berapa banyak manusia yang aku tak boleh nak maafkan atas sebab-sebab kecil je, sedangkan Allah pun tetap santun terhadap hamba-hambaNya, kita ni siapalah sangat kan.

_Reflect_


Dalil daripada Al-Quran 


Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita santun kepada manusia, kadang-kadang kita memang dah terbiasa sangat kan cakap kasar-kasar dengan kawan-kawan, adik beradik, dan bila orang cuba tegur, kita pun balas dengan ayat ni, ala aku da biasa la cakap macam tu dengan dia, kan? Tapi, sebenarnya, boleh je kita nak ubah, boleh kalau kita nak kan. 


Dalam Al-Quran ada sebut untuk kita bersantun kepada orang, ada dalam Surah Al-Baqarah ayat 83 stated that Allah menyuruh kita berbuat baik esp. kepada orang tua kita, ahli keluarga, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, ni empat golongan yang diperintahkan bagi kita untuk berbuat baik, dan lepas tu Allah tambah lagi prasyarat santun ini mestilah berbaik baik tersebut merangkumi kepada orang-orang lain juga, maknanya, kita wajar berbuat baik pada sesiapa sahaja, walau buruk mana perbuatan /perkataan yang dia buat kepada kita. 


Susahlah macam tu....
Aku bukannya jenis sabar sangat...
Sabar aku pun ada taranya....


Memang pun, sabar ni tahap maximum tau, ujian apa-apa bentuk, semuanya start dan mesti berakhir dengan SABAR, itu je pun key dia, makanya nak ke tak nak kita kena train diri kita untuk jadi orang yang sabar, caranya dengan apa? Banyakkanlah pembacaan tentang advantages of being as-sobirin, lepas tu, bangun malam-malam pun sedikit sebanyak dapat kukuhkan kesabaran kita slowly. Lepas tu, mesti-mesti kena doa jugak.


Ada satu part, (untuk perkongsian), saya sendiri memang bukan jenis sabar sangat, bila ada satu part yang buat saya geram sangat, perasaannya hanya Allah lah yang Lebih Mengetahui kan, betapa geramnya terhadap someone tu, disebabkan apa yang dia dah buat terhadap kita, yang obviously memang saja la nak kenakan kita, saya rasa memang da tak boleh tahan masa tu, jadi ;


saya pejam mata,
tarik nafas,
hembus,
sebut La Haula wala Quwwata .... ( tak sempat nak habis ayat ni)
air mata jatuh merintik-rintik,


Masa ni, perasaannya sungguh haru, saya sedih dengan diri sendiri yang tak mampu nak tahan diri untuk sabar atas apa yang dia dah buat. Padahal sikit je, kalau nak banding dengan apa yang orang lain rasa, kalau nak banding dengan cacian, makian, cemuhan yang Rasulullah dapat, para sahabat dapat. Saya, memang masih terkontang kanting untuk latih diri menjadi sesabar mereka. Allahu Rabbi. 


Banyak lagi dalil yang Allah suruh kita jadi baik, jadi santun pada semua orang, semua makhluk. Boleh rujuk peta minda atas tu, cuba nanti cuba-cuba tengok ayat tu, highlight kan dalam Al-Quran mini anda, dan reflect pada diri masing-masing, sejauh mana setakat aku hidup aku ni penyantun orangnya? 


The rest tu boleh baca sendiri kan. Saya tak berniat nak panjangkan entry ni memandang masa yang terhad dengan pelbagai komitmen lain, nak jaga anak, nak masak, nak tengok tv, eh, nak siapkan refleksi KEM UB PPIM, nak siapkan report Bengkel Jawi & Khat yang awesome semalam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Excited nya!