20101210

Maal Hijrah, azam baru =)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.





Ini tinta dari Dr.C  a.k.a Dr.Cinta.



Salam to all readers~ =) Terima kasih sudi melawat ke belog kelas kami.Ambil lah pelbagai ibrah dalam belog ini andai terselit sedikit kebaikan, jika punya kesilapan tegur-tegurlah kami. Thanx again.




Maal hijrah melabuhkan tirai. Andai tahun sebelum, punya kecacatan, andai ada kesedihan yang tercatat dalam diari kehidupan semalam, andai masa-masa silam itu kesal yang berpanjangan, bangkitlah. Tahun baru membuka tirai turut membuka peluang kepada kita untuk mengukir satu sejarah baru, mengukir satu kehidupan baru, mencipta lembaran baru. Usah diam berpanjangan, usah gentar berterusan. Tambahkan ilmumu, upgrade kan imanmu. Allah membantu, sahabatku. 





Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Kecewa sekali buka bermakna kecewa selamanya. Apa yang telah hilang itu Allah akan menggantikan yang lebih baik. Selaku sahabat, aku menyayangi kalian. Memang penulis bukan siapa-siapa, cuma mampu mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat di atas persahabatan ini, di atas ukhuwah ini, di atas lembaran kasih sayang kalian. Kekuatan itu ada pada ukhuwah kita. Jangan pernah meruntuhkannya. 



Hanya kematian yang akan memisahkan kita. Andai itu yang akan terjadi, berdoa lah sesama kita, maafkanlah segala-galanya, segala kesilapan dalam berkata juga perbuatan. Kita manusia biasa yang banyak salah dan silap dalam mengatur diri dalam kehidupan. Kita tidak sempurna meskipun kita mencuba untuk sempurna kerana hanya DIA yang MAHA sempurna. Kita tidak layak. Selagi mana kita bernama manusia, selagi itulah kita akan tetap dalam kesilapan. Sayangilah persahabatan, maafkanlah segala-galanya.






Ada satu yang penulis tak mampu untuk katakan, ya, writing is different from speaking. As for me, I'm prefer to write because it's my passion. Menulis, walaupun tidak bersemuka, andai dibaca dengan hati yang ikhlas, ia punya kuasa yang luar biasa. I love all my friends. Uolls kesayanganku. Walau pernah ada jarum yang menusuk hati, walau ada tersilap perkataan, walau ada tingkah laku yang mengguris hati, namun itu perkara biasa, rencah dalam persahabatan. =)






Harapan sempena tahun baru, sem baru yang bakal tiba, kuatkanlah ikatan persahabatan bersama, maafkanlah segala keterlanjuran dan mulakan langkah yang baru. Ambillah ibrah dari apa yang pernah terjadi, bangkitlah membina satu impian hati. =D




p/s: I always pray for all my friends wherever you are, muslimin dan muslimat. Semua sekali.




p/s/s: Dengar2 daftar 2hb ye kawan2~

1 comment:

Unknown said...

salam maal hijrah 1432.

semoga amal dgn keikhlasan bertambah.
insyaAllah.