20101123

Sukalah Apa Yang Ada

Assalamualaikum semua ...=)

Ok 1st sekali marilah sama-sama kita bersyukur ke Hadrat Illahi kerana sehingga ke saat ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat alam ciptaanNya yang cantik ini..~subhanallah~
Hmm pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita semua bercuti..~ye2 cuti~ adakah semua plan sahabat2 mencapat target sasaran?post kali ni nk share ilmu tentang "Kata & Makna", iaitu Sukalah Apa Yang Ada...dipetik daripada majalah "A..."^_^
~ok ,,jOm membaca=)


Banyak sangat impian kita dalam hidup ini. Jiwa kita sarat dan terpenuh dengan kehendak, angan-angan dan cita-cita. Sewaktu kanak-kanak dulu, pelbagai imaginasi dan impian yang terhampar di dataran rasa dan cita-cita=).

  Wah! Ingin berpakaian segak ~glamor~ penuh berketerampilan. Mengimpi dikalung pujian yang hebat bersama gemerlapan anugerah bintang dan gelaran ~arap2 dpt pointer tinggi..amen~. Kadang-kadang tenggelam dalam angan-angan, ingin menjadi seorang yang hebat serba "Super" dan "Ultra".

  Waduh! Menerawang pula di fantasi khayali, ingin bergandingan dengan si dia selaku mempelai hebat di pelamin terindah. Macam-macam yang diingin dan diimpikan. Beralas bantal angan-angan, tersenyum sendirian bagai Mat Jenin yang memeluk erat pohon kelapa di puncak kenikmatan! ish3...

  Kenangkanlah kembali, ketika guru di sekolah mengajukan pertanyaan tentang cita-cita, apakah jawapan yang kita berikan? Berapa ramai daripada kalangan kita yang bertepatan cita-citanya yang pernah dinyatakan dahulu dengan realiti yang dilalui kini. *siapa nak jd cikgu angkat tangan?*hehe..

  Tidak dilupakan juga soal jodoh ^_^ . Berapa ramai di kalangan kita yang bertepatan jodoh perkahwinannya dengan orang yang pernah diimpikan menjadi suntingan di jambangan rumah tangganya? Naknya orang lain, dapatnya pula adalah orang lain.


Di Jemari Takdir
    Sungguh, hidup ini bukan sekadar imaginasi dan angan-angan. Ia adalah realiti yang ditajalli (diisi) pada hakikat ketentuan. Di jemari takdir, kita selaku hamba perlu akur dan menunduk. Ketetapan daripadaNya pasti terjadi. Apa yang diimpikan dahulu, rupanya tidak semua berlaku. Kita ingin sesuatu, namun yang lain pula ditentukan untuk kita. 
    Itulah hukum dalam kehidupan ini yang kita kena patuhi.
    Benarlah, kita hanya diberi ruang dan keizinan untuk merencana dan merancang, tetapi yang mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang serba maha di atas segala!
     Namun, bukanlah bermaksud kita hanya pasrah tanpa usaha. Sekadar bersimpuh menunggu segala ketetapan tanpa ikhtiar dan tindakan. Apa yang perlu kita fahami, Dialah Allah Yang Maha Bijaksana tersangat hebat dalam mencatur segalanya. Setiap ketentuan untuk para hambaNya tidak langsung walau secalit bermaksud kezaliman dan penganiayaan. Segalanya tersimpan dalam maksud hikmah yang terahsia makna.


Yakinlah kepada Allah
  Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kerana Dialah "Master Piece" yang aturan tadbir dan takdirNya terlalu seni dan hebat. Maha Suci Allah daripada segala kekurangan, kesilapan dan bertindak zalim terhadap hambaNya. 
  Cuma kita yang gagal menyalami maksud ketentuanNya. Mata hati kita gagal menangkap yang tersirat dari kehendak takdirNya. Justeru, kita jadi gelisah apabila apa yang kita ingin dan impikan tidak diperoleh dalam hidup ini. Malah mungkin kita berasa kesal dan marah terhadap takdir yang datang daripadaNya. Astaghfirullah hal a'zim..~


Baik dan buruk
  Ingatlah! Ada perkara yang kita sangka baik, rupanya buruk untuk kita. Ada perkara yang kita ingatkan sesuatu yang buruk, tetapi sebaliknya tersimpan kebaikan untuk kita=)
     Hukum aturanNya telah menetapkan begitu. Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai dan setepatnya. Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat. Fahamilah akan hakikat dari setiap ketentuan. 
     Bangunlah kita selaku insan yang berjiwa besar. Tataplah warna-warna dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya. Tatanglah limpahan nikmat yang dikecapi bersama jiwa yang damai dan bahagia. Lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan. Bersimpuhlah di gerbang takdirNya selaku hamba yang tunduk, akur, pasrah dan menyerah.
       Sesungguhnya! dalam hidup ini, kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang dapat. Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripadaNya Yang Maha Penyayang=)


note: Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki..hargailah apa yang berada di hadapan kita...=)
         *Manfaatkan cuti-cuti anda dengan seleksi aktiviti yang menjana minda dan menambahkan ilmu..Wallahua'lam.






  

3 comments:

Anonymous said...

best topic ni...syukran ats prkongsian...

Sedr atu tak, hidp manusia di alam fana ni tak kan trleps drpd menerima nikmat dn rhmat Allah.

nikmat yg Allah beri kat kita tk trkira bnyknya~~. Jumlhnya tk dpt kita sukt dn tmbang. Ini jelas dinyatkn Allah dlm firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

kadang2 Allah tak beri apa yg kita mahu, atau inginkan...
tp Allah beri apa yg kita perlukan.
kan indah tu~~~~~
sm2lh kita brsyukur ats segala nikmt yg Allah kurniakna pd kita..

Anonymous said...

saya pun ske gak~...^_^..

jadi bukalah minda untuk menerima segala-galanya.. semuanya daripada Allah Yang Maha Mengetahui...^_^

perkuatkan iman, pertahankan islam, tanamkan ihsan..insyaALLAH, kehidupan kita lebih terarah ke arah yang satu... MARDHATILLAH..ameen..^_^

dyana shaifulhaq said...

suke phrase ni,
Sesungguhnya! dalam hidup ini, kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang dapat. Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripadaNya Yang Maha Penyayang=)

Hmm. redha, ikhlas, sabar.
sifat org Mukmin. semoga cuti yang lame ni, mbawe kpd perubahan yang lebih baik.
~salam maal hijrah juga.

thnx ats perkongsian yg bergune.