20101017

Salam to all classmates, to all readers.
First of all, nak dedicate special thanx to those yg pergi maen bowling n g pantai batu buruk ari tu.
that was fine, best la... hehe.
2nd, lain kali semua kena joinnn ye~


jadi, ade cerite sikit utk diambil iktibar, kebiasaan utk lari dari fitrah tp kita kena sedar byk sikit pasal kesilapan diri sendiri.
ok tak mau bebel banyak-banyak.
nak cerita sikit... sbb takde masa nak share kat kelas.

watak utama ;si biru
watak kedua, ketiga : si cream, si oren.
watak keempat, si kuning.
watak kelima ; si putih berkemeja.

sila masukkan watak yang sesuai utk anda yerk.

ok. start cerita,

sebelum pergi ke Bowling, sudah menjadi kebiasaan utk memberikan kad kolej kediaman kepada Si Putih Berkemeja, jadinya untuk menjadi guru pelatih yang berdedikasi maka kami pun (si Biru, si cream, si oren) memberikan kad kolej kediaman dan sebagai amanahnya kami diberikan kad hijau bernombor 30 yang disangka nombor 17 oleh si Biru. kerana si Birulah yang memegang kad tersebut lalu dengan cekapnya meletakkan kad ke dalam poket-poket beg beliau.

Alkisah, setelah kepenatan menghayun bola bowling dengan strike adela dalam lima puluh kali (kui-kui), maka kepenatan juga mencurahkan idea bagi misi permainan pertama bersama-sama ahli kumpulan yang sukakan kelainan di pantai, maka sekali lagi, di dalam van Pok Den (gambar van pernah disiarkan di entry-entry lepas) kami bersebelas tidurlah dengan mimpi dan semangat untuk strike kan semua pin-pin yang ade... heheh.
jadi, tibalah masa untuk memulangkan kad hijau namun disebabkan sangat mengantuk dan rasanya kad tu dah tercicir kat pusat KT Bowl tu, jadinya tak lah dapat ambil kad kolej kediaman bagi si Biru, si Cream, dan si Oren.

situasi kedua :
si Biru pun macam dah gabra (yela kad hijau cenonet tu xpernah hilang pun, tiba-tiba boleh pulak tercicir), jadi selepas mengambil makanan dari anak lelaki Pak Sop, si Biru pun bertanyalah kepada si Putih berkemeja yang bekerja pada waktu itu, 
si Biru :  " Pakcik, saya rasa kad saya dah tercicir, macam mane nak ambil kad kolej balik ?"
si Putih berkemeja (muka boleh tahan garang la, even dia pangkat abg je, beliau rela panggil je dia pakcik) : " Kalau macam tu gamaknya, awak kena pergi ambil kad kolej kat HEP lahhhhh dlm masa 24 jam ye, "
si Biru : " Oh kalau macam tu, saya cari baliklah, kalau jumpa saya pulangkanlah ye, " senyum habis.~
(mukatakbersalahjemasatu. tet)
si Biru pun baliklah ke bilik dengan misi yang 1, untuk menggantikan kad bernombor 17 kembali kepada si Putih berkemeja tu pada keesokan petangnya. 
(supaya tak panjang cerita kat HEP pulak) 
(kotlah kena bayar, mmg harulah duit elaun yang baru habis main bowling RM11 utk dua rounds)
jadi, sebelum pergi ke kelas pagi tu, si Biru pun print lah kad nombor 17 dengan kertas hijau lain sikit dengan kertas hijau kad keluar kolej tu, font pun banyak beza, saiz xberapa nak sama. 
(ok...mmg boleh kantoi lah)

situasi ketiga :
petang esok. lepas keluar ke mana-mana atas urusan penting maka tibalah masa dan saat utk si Biru pulangkan kad tiruannya bernombor 17 kepada si Putih berkemeja yang dah pun tukar shift. jadinya, si Biru pun mcm teragak-agaklah nak bagi kad tiruan yang mmg dah lain, si Putih berkemeja pun mintak je kad no 17 tu.
Diaorang pun tengok je kad tu dengan muka pelik tapi still nak bagi lagi kad kolej. Alih-alih tak jumpa pun kad hijau asli nombor 17, si Biru pun macam dah redho lah nak terus terang je (sbb mmg dah rasa bersalah sbb buat pemalsuan yang ketara tu) dlm hati mmg tak tenang da..
tiba-tiba datanglah sebijik kereta kancil warna pepel menggangu gugat si Biru nak terus terang bila si Kuning (watak keempat) turun untuk ambil kad diaorang balik. 
si Biru, pun, tak jadilah nak terus terang. sbb tak mahu orang tahu yang beliau bersalah.
dan si Putih berkemeja pun cari je lah kad kolej yang bernama si Biru tu.
tp riak muka si Putih berkemeja tu memang tak boleh nak blah, mcm tak caya, kad no 30 boleh dapat kat si biru no 17. 
mcm mana kad no 17 yg ada kat tangan si Biru tu boleh jadi kad no.30 kat kolej kediaman dia?
tu la persoalan si Putih berkemeja tu. (faham tak) (tak faham, angkat tangan ye murid-murid)
tapi dengan muka confidentnya, si Biru pun buat mcm tak bersalah je kata kat si Putih tu, dia memang dapat kad no 17 tu semalam daripada tangan pakcik guard...
jadi, si Biru pun baliklah dengan kad kolej dengan selamatnya tapi hati nurani beliau tak selamat-tak tenteram-perghhhhhh...macam dah buat jenayah besar yang boleh hukum hudud. takut kowt.
habis doa dah dia baca bagi tenang. tapi tak tenang jugak.

situasi empat ;
Jadinya, dia pun nak lah terus terang betul-betul kali ni, supaya bila dah fikir-fikir balik, taknaklah tanggung dosa menipu (weh, dosa dulu-dulu pun bertimbun lagi, dosa semalam-semalam tak payah nak hitung lah banyaknya, bila fikir pasal mungkin kesalahan tu boleh kena buang maktab-atau dibuang asrama-atau dibuangkan semua pakaiannya-----oh, tidak [NGERI] ) lebih baik kiranya beliau berterus terang, walaupun banyak cadangan daripada kawan-kawannya agar ; duduk senyap je dalam asrama (jgn keluar untuk 2-3 hari, konfem si Putih berkemeja tak perasan, atau sila jangan terus terang sbb mungkin shift bertukar-tukar jadi tak sempatlah nak tahu kes kecil ni, atau, buat kad hijau yang bernombor 30 yang baru pulak, atau berterus-terang je, langkah terbaik)
jadinya, dlm pukul enam petang tu jugak, si Biru tu dah bertekad lah jugak, nak mintak maaf sangat-sangat kat si Putih berkemeja yang dia dah tercicirkan kad tu, dan mintak maaf lah atas semua kesulitan.

si Putih berkemeja dengan senang hati pun maafkan. sbb rupa-rupanya diaorang pun mcm dah dapat detect kad tu palsu. tapi pakcik si Putih berkemeja petang tu memang terbaek lah, kira, tak panjangkan pun kes ke Mahkamah Agong PBB ke. haha. 

ok. pengajaran @ ibrah @ iktibar atau moral values...
1. Memanglah if kita ni nak try menipu, mmg hati tak tenang, sbb tu perbuatan berdosa kan. jadinya, bila Allah dah datangkan ketidaktenteraman kat hati tu, maksudnya cubalah buat refleksi dan muhasabah diri apa yang kita buat hari-hari tu datangkan pahala or tak or dapat tak keredhaan Allah.

2. Allah datangkan ujian. Nak tgk sejauh mana kita jujur dengan diri sendiri, pakcik guard, dengan Allah terutamanya. Honesty is the best attitude. Even baik mana pun kita, bila Allah datangkan ujian, ada tak kita fikir nak buat macam-macam, yang kadang-kadang tak sedar kita terlalu turutkan hati n nafsu, padahal Allah bagi pilihan sama ada jalan jujur atau tidak. Bukan pasal cerita ni je, cuba-cubalah kita nilai balik diri kita, eh taubat dengan manusia, tak selesai if tak mintak maaf ye. jadi, nak diterima taubat, jaga hubungan dengan Allah, jada hubungan dengan manusia.

3. Kenakalan? hehe. macam budak-budak's mindset,, ape da.. kan? ok, sila jgn tiru gaya-gaya cool dan nakal dan comel beliau. cuma tiru gaya-gaya mintak maaf tu dibenarkan.

4. Ada apa-apa nak tambah? sila komen di bawah, okay? Pakcik, kad tu kecik sangat kot, sbb tu boleh cicir. aaa.

yang tahu siapa si Biru, sila tutup mulut, (biarlah rahsia) 
yang aib jangan dedah-dedahkan. kang banyak pulak gosip-gosip liar. heh.
si Biru : " Pakcik si Putih berkemeja, terima kasih banyak lah.... terbaek sangat, " (dalam hati)

thnx sbb bace. ~kredit to all.

8 comments:

Islamic Education 2 said...

~offline.
*that was Nakal time*

Pencarian Cinta Hakiki said...

ish3...

Ummu Khalyf said...

fuh, pnjg nye cter dia, wahaha

Asiah Wahid said...

hahahaha~...terbaik la~..

kredits to all~...nnt boleh shre2 ngan anak murid...

xkanlah pok guard tu nak kasi kad sebesar A4 kot spya xhilang~..huhhuhu...

jujur~...sifat mahmudah yang kita dapat ialah jujur...berani kerana benar takut kerana salah...

nak tanye skit...klu kite xjujur utk jage hati orang..??

Islamic Education 2 said...

haa, cik asiah.
tu pun berdose gak, sbb ape blh jd tak jujur tu, mebi dari percakapan kan, or perbuatan kite.

so, if dari mulut sendiri, lidah kita,
kenelah kurangkan cakap, or cakap just bnde penting, kan diam tu lebih baik.

klu dr perbuatan, same2la reflect. muhasabah mmg kene byk.
lagipun manusia xlepas dr dose, salah dan silap. cuma keinginan utk berubah tu ade atau tak.

dan manusia yg baik pun, belajar utk memaafkan, blaja untuk bersabar.
kecik besar, sikit banyak, bahagia, derita semua tu ujian dari Allah, nak tgk thp mana iman kita kan.

so. patotnye Pakcik guard bagi besar sikit je dr kad hijau senonet tu. hahah.

Anonymous said...

pak guard 2 kene buat kad cm kad simpan brg kat Mydin 2 kowt bru x hilang dengan mudahnya...hehehe...

bg aku untuk soalan Asiah 2, semua pihak kene mainkan peranan, contohnya, seorang sahabat perlu fhm dgn perangai atau sikap sahabatnya yg lain. senang cite, sifat selfish, ego perlu kita kikis. fikirlah yang kita hidup di bumi Allah ini bkn sorg2. setiap individu 2 perlu fhm individu lain dan selalu bersangka baik.

Nasihat ini adalah untuk diri ana yg begitu hina ini juga.

ayuh sama2 kita menuju ke arah kebaikan.

pu3 nonsense said...

kelakr n wat kte tersenyum jer.trbek tuk si biru.. u r so cool.. gud2.. girl power... banggenye dpt kwn yng berani...

Islamic Education 2 said...

Haha.
Perbuatan xbaek tu.
Tp selalu la muhabasah diri ye.
THNX sbb dtg~
Lain kali dtg, ktorg bagi air sirap yer.:)