20130708

Beza Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Saba'


Salam. Lama blog ni menyepi, penulis-penulis secara part-time pun sudah semakin sibuk dengan dunia masing-masing. Maka pena pun ternoktah. Sayang seribu kali sayang untuk menoktahkan blog kelas ini, yang semakin surut warnanya kerana adanya facebook. 

Hari ni, sebelum Ramadhan tiba, rasa nak menulis sesuatu, teringatkan persoalan yang tidak dijawab-jawab dalam minda sewaktu pembentangan untuk mazhab Qadariyah.

Abdullah bin Ubai dengan Abdullah bin Saba' ni orang yang sama ke?

Lalu pencarian dimulakan, alhamdulillah, sangat ringkas, tapi cukup bermakna, lain masa saya cuba dapatkan maklumat lagi.

Abdullah bin Ubai bin Salul adalah ketua munafiq (Yahudi) yang ada masa zaman Rasulullah yang turut memfitnah Ummahatul Mukminat, Saiditina Aisyah.


Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak menceduk peradaban Yahudi dan meng-Arabkan peradaban tersebut. Di antara mereka adalah Abdullah bin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu mereka dipandang tinggi dan dihormati. Ketika Perang Bu’as hampir berlaku di antara dua puak terbesar di Madinah, kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperangan berlaku juga Abdullah bin Ubai tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikap berkecualinya itulah yang menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihak yang berperang itu berdamai.

Sumber sini.

Abdullah bin Saba' juga seorang Yahudi yang berasal dari Yaman, pengasas Syiah.


Abdullah bin Saba 'adalah seorang Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu' anhu. Dialah yang meretas ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi puncak semaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.
Abdullah bin Saba 'pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu' anhu: "Engkaulah Allah." Maka Ali membolehkan untuk membunuh Abdullah bin Saba 'tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Para penyokong Ali kemudian membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
Abdullah bin Saba 'adalah orang pertama mengkafirkan Abu Bakar,' Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait ". Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah mengatakan tentang Abdullah bin Saba.

Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, Kufah & Basra untuk menjatuhkan Uthman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & Az Zubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.

Sumber sini.

Jadual kelas sem enam, di bawah ;



Selamat berpuasa, mohon maaf atas semua khilaf dan keterlanjuran, moga Ramadhan ini platform kita menjadi sesungguhnya hamba dan khalifah di muka bumi Allah. 
InsyaAllah. 
Selamat mengajar untuk praktikum kali kedua, sekolahnya di felda, insyaAllah yang terbaik!






No comments: