20120205

TANZIM SEMESTER 3/2012

Assalammualaikum wbt. Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam yang sedang meraikan, terasa indah dalam hari-hari terutamanya ketika membaca post / status di facebook kerana semuanya bertemakan kisah-sirah-sunnah Nabi Muhammad SAW. Benarkah kita mencintainya, tepuk dada, tanyalah iman, berapa banyakkah daripada 24 jam ini anda memperuntukkan untuk berselawat penuh makna kepadanya. Berselawat kerana apa, rindu sebenar atau kerana inginkan syafaatnya buat pelepas daripada siksaan hari qiamat kelak. Buat saya terutamanya untuk merenung diri dan anda jua.


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56]

Alhamdulillah, atas kesempatan yang masih diberi oleh Allah SWT mengilhamkan saya untuk memuatkan entri buat antum. Walaupun bukan lagi giliran saya, tapi takpe, it is always a good thing, insyaAllah. Di kesempatan ini juga, secara peribadi, saya merakamkan segulung penghargaan dan terima kasih atas semua komitmen anda terutamanya mantan-mantan K.U, P.K.U, Bendahari dan Setiausaha. Saya doakan antum beroleh ketenangan dan kekuatan menghadapi segala ujian dengan bimbingan rahmat dan kasih sayangNya atas semua jasa yang anda taburkan untuk ahli kelas. Tidak dilupakan juga buat setiap ahli kelas, muslimin dan muslimat PAI 2 yang sentiasa tinggi nilai peribadi dan persahabatan. Moga kita sama-sama kuat dalam jalan mujahadah ini, setelah apa yang pahit dan manis kita harungi. 

Hari ini, 4 Februari 2012, maknanya dah kurang lebih empat bulan majlis pelantikan ni berlalu. Al-kisah, sehari sebelum berakhirnya final exam 2011, seluruh ahli kelas dah semacam tak ada sifat sobur dalam diri masing-masing bagi mengetahui siapakah PKU seterusnya. Jadi, atas permintaan ramai, maka selepas paper PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah, dengan arahan daripada mantan setiausaha, kami (muslimat) berkumpullah di BK 6 untuk sesi tanzim baru.

Masa ni, K.U seterusnya automatically akan disandang semula oleh mantan K.U Semester 1/2009 waktu muda mudi, waktu PPISMP dulu kan. Rotationnya begitulah sebab kelas kami ada lima orang ustaz, jadi sorang kena pegang minumum 2 kali, maximum 3 kali, tak tahulah shiapakah yang fortune betul dapat jadi K.U tiga kali tu, mesti dah faham betul selok-belok kerja K.U, bolehlah terus jadi K.P (Ketua Panitia) kat sekolah nanti. Ataupun ada yang plan nak tukar sistem kelas, bolehlah buat majlis mesyuarat nanti.

Pencatat. 
Nama-nama calon yang tersenarai. Yang kalah, harap boleh cuba sem depan.


Jadi, sistem kali ini berubah sedikit. Kali ni, kita buat macam dalam cerita Survivor tu, cuma takdalah obor api tu, jalan dalam gelap ke apa ke. Yang ada, kotak kopi lepas tu, masing-masing yang hadir waktu tu diberi sekeping kertas, tapi kena isi tiga jawatan, PKU/S.U/Bendahari. Masa ni, agak berdebar-debar lah jugak nak tahu siapakah yang dipilih oleh majoriti untuk pegang kelas sem depan. Penulis takda lah berdebar sebab semua jawatan tu penulis dah rasa pahit, masam, manis, kelat semua. Haha. Best je jadi orang-orang penting, sumber pahala jugak kan, berkhidmat untuk orang lain. Positive kan hahahha. Lepas beberapa minit macam tu, kertas kena lipat dan sorang-sorang kena bangun letak dalam kotak bertuah tu. 

Kotak sponsor. Kalau nak beli, boleh order. :D Promote hikhik.



Clear sikit, see, kat situ, ada lukisan, tu tulisan fawa tu, sebab ada lukisan. it proved it was fawa. :P 
Muslimat yang hadir, muka berseri je sebab dapat jawab soalan Aqidah dengan matlamat A+.
[Gambar terpaksa blurred, jangan kecil hati sangat. hikhik]

Ni pulak, mereka yang memenangi kerusi pencalonan. Yang tertutup tu PKU, yang tunjuk tangan tu mintak duit, Bendahari, yang belakang tu, mantan Bendahari, berjasa tu, tiga-sem taknak lepas jawatan. hehe. main-main ja Asiah. :D


Tu je lah sikit-sikit flashback memory 2011, kenangan terbaik buat saya, best betul semester lepas, tak tahu kenapa, tapi, it was very wonderful moment. Dapat belajar Al-Quran, kelas yang betul-betul menusuk qalbu, kelas Aqidah yang memantapkan iman, boleh tanya macam-macam kat Ust. Asyraf, dan jawapan-jawapan dia bagi betul-betul clearkan mind saya. Kelas Math, yang tak putus-putus ada homework dah macam ambil Major Matematik, kelas BM dengan BBM, kena stand up depan penonton waktu seminar (err, benci), kelas BI, oh rindunya dengan Madam Dr. Azilah, she is retired now. Paling best, dapat main hockey, pakai baju labuh putih, Remeber Our Purpose yang banyak kontroversi tu. Macam-macam, tapi best, best, best. Alhamdulillah. 

Okay, let us make the entry short, penulis pun tak berapa nak hafal organization semester ni(sebab penulis ada hal, jadi tak datang), nak refer kat classmate rasa macam malu lah pulak, nanti kantoilah tengah update belog kelas. :P

Ketua Unit : MUHAMMAD HIDAYAT BIN HAFID
Penolong Ketua Unit : FARAH WAHEEDA BINTI JOHIR
Setiausaha : ADIBAH BINTI IBRAHIM
Bendahari : NORAINI BINTI AHMAD

Co-ordinator kelas : (Sem ni ada 7 subjek, 5 masuk exam, 2 WAJ, semoga Allah mempermudahkan jalan kita menuntut ilmu ini. Ameen)

1. Al-Quran : MOHAMAD HANAFI BIN SUPARMAN & NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
2. Sirah : NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR & NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB
3. Ibadah : MASNIWATI BINTI ABDULLAH SANI & SITI NORASIAH BINTI WAHID
4. PBDTL : NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB & WAN NUR AISYAH BINTI WAN OMAR
5. Bahasa Arab : MUHAMMAD LUQMAN BIN MOHD YUSOF & NAJWA ARIFAH BINTI MOKHTAR
6. HE : NOR FATIN WAHIDA BINTI PISOL
7. Unit Beruniform (separated): Muslimin KRS / Muslimat Puteri Islam pink. Pengerusi ; boleh cari ADIBAH BINTI IBRAHIM 

Jadi, tu je la. Harap semua boleh bagi kerjasama dan komitmen 100%, boleh ambil iktibar, how was committed  Prophet Muhammad SAW to spread the dakwah, see, kalaulah Rasulullah SAW tu tak komited, mana mungkin ada lagi Islam sampai sekarang. Sebab tu lah, kita kena faham-hayati-ikut sunnah Baginda, try our best. Maulud ni jadikan matlamat untuk jadi umat yang terbaik untuk Allah, RasulNya, dan Islam. InsyaAllah. Before I end this 'short' entry, dengan berbesar hatinya saya mengalu-alukan kedatangan classmate baru yang comel ; Siti Khadijah Harun, dengan harapan boleh pau makan kat Syakirin nanti. Kuangkuang. Dan tutor baru lagi, Ust. Adnan bin Abdullah, lecturer Bahasa Arab dan motivator kami. hikhik. 

Salam Maulud. Alluhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. 'Asif atas segenap kelemahan dan ketidaklanjuran. :D

2 comments:

Adibah Ibrahim said...

x pyh la mention name aku kt PPIM 2...t org kate aku gile kuase..

islamic education 2 said...

ek eleh.
betullah kan.
:D

thnx 4 reading.~