20120121

Solat Menjadi Tenang



Bismillahirrahmanirrahim~~Assalamualaikum buat semua "family Fikrah Wahidah" yang tersayang..dan juga semua pembaca Fikrah Wahidah. First for all nak minta maaf kepada semua sahabat sebab "krew Januari" lambat update fikrah wahidah(FK) ni, krew bulan-bulan lain jangan tiru tau..=D

Rasanya belum terlambat untuk "krew Januari" mengucapkan selamat tahun baru 2012 masihi. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya pemilik semesta alam kerana masih diberi kesempatan bernafas di bumi-Nya. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini semua aspek kehidupan kita dapat diperbaiki, diperbanyakkan etc (yg baik2).

Ok untuk post kali ni, "krew Januari" nak berkongsi sedikit tentang sesuatu yang :sangat penting: dalam kehidupan kita sebagai muslim iaitu..............??solat, ok bijak=) pada pendapat penulis, (dirahsiakan identiti) kalau kita ada 1001 azam tahun baru sekalipun, namun dalam 1001 azam itu tidak tersenarai azam untuk perbaiki hubungannya dengan Dia maka tidak ada apa-apa makna azam 1001 nya itu. Sebabnya, solatlah menjadi pembimbing kita untuk mencapai 1001 azam kita. Sekiranya kita menjaga hubungan dengan-Nya, pasti Dia akan membantu kita dalam mentadbir segala aturan kehidupan yang sementara ini. "Sesungguhnya solat memberi banyak faedah kepada kita", jom baca apakah antara faedahnya itu.


1. Solat Menjadikan Hati Tenang

Pernahkah sahabat semua mengalami perasaan resah gelisah dan tidak tenteram? Tahukah kita bahawa perasaan tersebut boleh melambatkan proses menjadi cemerlang? Kepada sahabat/ penulis sendiri yang pernah mengalaminya, apa yang kita lakukan? tidur? main game? atau makan banyak-banyak? penulis percaya ada macam-macam cara yang sahabat pernah lakukan untuk menerangkan fikiran. Apa yang pasti dengan mendirikan solat akan menjadikan hati kita tenang, kerana Dia-lah pemilik hati kita.


2. Hati dan Fikiran Tenang

Untuk cemerlang, hati dan fikiran kita mestilah sentiasa tenang. Kenapa ye? Jawapannya mudah. Bolehkah kita belajar, siapkan tugasan @ ulang kaji dengan berkesan dalam keadaan tertekan? Mampukah kita menjawab peperiksaan dengan baik dalam keadaan resah gelisah? Ya, pasti jawapannya tidak. Jadi, apa penawar paling baik, paling mudah dan paling murah untuk menenangkan hati dan fikiran?


3. Solat Penawarnya

Jawapannya ialah solat. Solat terbukti mempunyai penawar yang mampu meredakan tekanan yang kita alami dalam kehidupan. Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud, "Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang".


4. Bacaan Ketika Solat

Seperti yang kita sedia maklum, bacaan yang dilafazkan ketika solat yang khusyuk mampu menenangkan hati dan fikiran. Apabila hati dan fikiran tenang, mudahlah kita belajar nanti. insyaAllah dapat pointer lebih tinggi. Hati dan fikiran yang tenang juga memudahkan proses ulang kaji. Hati dan fikiran yang tenang juga pastinya sangat membantu menjawab latihan dan ujian UAK bagi pelajar Ipg dan melakukan semua urusan dengan baik.


5. Doa Diterima

Allah amat menyukai orang yang berdoa meminta pertolongan daripada-Nya. Allah berjanji di dalam al-Quran yang bermaksud: "Berdoalah, nescaya Aku akan perkenankan". Inilah peluang keemasan yang mesti dimanfaatkan.


6. Doa Tidak Diterima

Sebelum ini, kita sudah berdoa, tetapi doa itu belum diterima Allah. Betul kan? Berkemungkinan besar, doa itu terhalang oleh dosa yang kita pernah lakukan. Jadi, perbaiki kualiti solat kita.


7. Gugurnya Dosa

Sekali lagi solat dapat membantu. Ini kerana solat juga boleh menggugurkan dosa. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sembahyang yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki". Apabila taat mendirikan solat, sedikit demi sedikit dosa kita akan diampunkan. Lama-kelamaan, insyaAllah segala doa kita yang selama ini terhalang, akan diterima-Nya.


* Jadi, wahai semua sahabat yang membaca post ini mari sama-sama kita pertingkatkan solat. Allah mewajibkan kita solat kerana banyak manfaat yang kita akan dapat. Semoga sedikit perkongsian kali ini dapat dijadikan hadiah terbaik sempena tahun baru 2012.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(At Tahrim 8)

Firman Allah lagi:

“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri".
(al-Baqarah 222)



2 comments:

Tissues said...

Updated. Alhamdulillah. Dah lain dari entry sebulan lepas.

Hmm, nak tanya, kenapa kalau kita dah solat jugak, tapi hati tak tenang-tenang?

Kenapa ya kadang-kadang rasa macam malasnya nak berdoa, walaupun kita tahu yang doa ni senjata Mukmin, doa ni penghubung dengan Illahi, kenapa boleh jadi macam tu. Sebab dosa jugak ke?

Syukran.
Atas perkongsian.
Atas jawapan atau pendapat antum.~
Happy blessed holiday with His Rahmat, InsyaAllah.
:)

Anonymous said...

syukran sudi baca entry ni=)

1. salah satu sebab hati kita tak tenang juga adalah, berkemungkinan tingkatan khusyuk kita ketika menghadap Illahi belum mencapai tahap yg sepatutnya / masih kurang penghayatan atas apa yang kita baca ketika solat / disebabkan dosa terdahulu (ingatan buat diri ini juga)

2. yep mungkin salah satu sebabnya adalah dosa terdahulu membuatkan kita ambil mudah hal tersebut, (dosa dahulu kita belum memohon ampun kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh..) ringkasnya, sebagai hamba-Nya yg lemah kita jgn mudah leka & selesa dgn apa yg kita ada..sentiasalah ingatkan diri bahawa kita hamba yang lemah, perlu kan petunjuk-Nya dalam mengharungi kehidupan & sentiasa lah berdoa agar dilembutkan hati supaya mudah untuk tunduk & patuh pada syariat-Nya.

wallahua'lam.