20111218

Inilah Manusia


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Nya…

      Cuti hanya berbaki  3 minggu lagi.. Terlalu cepat masa berlalu. Allahuakbar..~ Manfaat?  Antum semua tahu jawapannya sendiri.~

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. (3)
(103:1-3)

       Mungkin perkara ini sudah selalu dicanangkan atau dikata-katakan oleh kita semua iaitu berkaitan dengan masa. Mungkin kita sendiri sedar akan benda ini tetapi kadang-kadang kita hanya sekadar biarkan ia berlalu pergi tanpa manfaat. Allahuakbar. Mudahnya kita lupa, senangnya kita alpa, cepatnya kita lalai. Peringatan, nasihat dan tazkirah berulang kali diulang-ulang berkaitan dengan MASA ini. Kadang-kadang terasa jemu apabila acapkali diulang-ulang.  Inilah manusia yang mudah alpa.

“ Bestnya, zaman kita kecik-kecik dulu, lagi seronok macam tu sahaja”
“ alamak, tahun depan dah 21 tahun dah, rasa tua pula”
“ Tahun depan sem 3, banyak benda kena fikir”
“ Perjalanan masih jauh dan berliku”

       Banyak lagi yang bermain di benak kita. Allahuakbar. Hidup makin hari makin pendek tetapi banyak perkara yang perlu diuruskan. Rasa macam-macam nak buat, nak uruskan, nak fikirkan, nak selesaikan dan manfaatkan… Kita tahu, mahu dan mampu… tetapi hanya terkandas dengan nafsu. Allahuakbar.. Mudah sungguh kita dikalahkan. Inilah manusia yang lupa.

       Sedih sangat-sangat. Kita permata agama, kita adalah warisatul anbiya’ tetapi masih lemah sangat-sangat. Mudah dikalahkan dengan keindahan dunia yang dihiasi oleh syaitan durjana.  Mudahnya.

Ya, Allah..  tetapkanlah dan kuatkan kami dalam jalan dakwah-MU, permudahkanlah kami berada di jalan ini walaupun kami tahu ianya pahit.
Solusinya :
         
      Kembali kepada Tuhan yang Esa, di situ pasti ditemukan dengan kemanisan iman semanis-manisnya. Muhasabah diri sentiasa, mungkin kadang-kala kita lupa, ada masanya kita ada ingat, Alhamdulillah masih ada lagi kasih sayang Ilahi buat diri kita. Tetapi itu semua belum cukup. Ingatlah kita harus berbeza dengan mereka yang lain dari segi akhlak, ilmu, amal ibadah dan macam-macam lagi. Kerana apa kita adalah golongan yang beragama~ antum tahu, mahu dan juga mampu sebenarnya…ta’aruf, takwin dan tanfiz~..  Jom sama-sama MELAWAN NAFSU… akhir kalam, ingatlah Allah dalam setiap gerak geri dalam kehidupan ini…

Oleh itu ingatilah Aku, Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur. (Al-Baqarah 2:152) 




5 comments:

Ummu Khalyf said...

ahsanti pada yg buat ni :) perbanyakkan entry yg boleh terus mengingatkan kita.

insyaallah :)

Unknown said...

Nice. syukran
9 days left.
Semoga kita menjadi kuat-kuat-kuat, InsyaAllah.

hans_up said...

classmate~
kalau ad info ap2, minta kabo kat ambe ea.. :) mekasih..

Ummu Khalyf said...

@hans_up mane facebook kamu?

hans_up said...

@Dr.. da deactive lah.. tp kjap je.. :)