20110512

Ingatlah~

Assalamualaikum wbt.~ (apa khabar iman?)           

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada-Nya yang sentiasa memberi masa, ruang dan peluang dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba-hamba-Nya bertaqwa. Jadi sebagai hamba syukurilah segala nikmat-nikmat yang diberi oleh Allah yang maha Pemurah.. anda cuma peminjam di dunia yang penuh fana ini.

          Seperti biasa Bulan 5 adalah BULAN EXAM@IMTIHAN. Banyak masa terluang yang dimanfaatkan dengan membaca buku, study group, kelas ganti, kelas malam, macam-macam lagi yang perlu dilaksana di hari-hari ambang peperiksaan ini. Kite flashback balik suasana menempuh peperiksaan dari PPISMP hingga sekarang PISMP.. camna ade perubahan atau sama sahaja study last minutes. Ok, take your time to think.. sekadar renungan buat diri kita yang bergelar pelajar PISMP dan bakal graduan guru yang berijazah.

         So, what your preparation for ur examination? Ingatlah, belajar, mengaji, menuntut, menimba, mengkaji, mentadarus, dan mengulang kaji semata-mata kerana-Nya Yang Maha Esa membawa lebih kebaikan dan juga keberkatan. Semasa belajar, di manakah tautan hati kepada-Nya?, adakah belajar hanya untuk tahu, habiskan silibus, nak cukup kredit jam dan semestinya menjadi satu perkara yang mesti dilangsaikan merupakan salah satu syarat nak masuk periksa. Inilah realiti sebuah kehidupan insan yang bergelar pelajar. Tetapi anda mampu mengubahnya. Bermula dari awal semester membawa sesuatu anjakan paradigma dalam diri kita sehingga mampu menjadikan sahabat-sahabat kita turut sama ingin berubah. BELAJARLAH KERANA-NYA, SEMATA-MATA KERANA-NYA. Barulah kehidupan kita sebagai pelajar@guru pelatih lebih terarah. Matlamat lebih jelas, terang dan nyata. Inilah dinama keberkatan.

           Ingat, kita insan-insan yang membawa panji kebenaran, membawa cahaya penyuluh kehidupan. Jika kita ambil amanah ini dengan cara yang salah, kita jugalah pembawa kesesatan kepada mereka-mereka itu. Jadi persiapkan pelbagai senjata yang mampu membantu kita dalam melaksanakan amanah yang diberikan~

            Akhiran kalam, ma’at taufiq wannajah fi al-dunya wa al-akhirah… semoga berjaya… buatlah yang terbaik dan segala-galanya adalah ketentuan-NYA~..

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya. (3 :159)



Semoga ALLAH mempermudahkan..ameen~

No comments: