20110303

Kanak-kanak Sindrom Down

Assalamualaikum w.b.t
Lame dah x post sesuatu kt blog ni...hehe...
merujuk kepada tajuk kanak-kanak sindrom down, tetibe je rase nak tulis mengenai kanak-kanak yg OKU ni...
Time kt skolah menengah dulu, cikgu aku x bg ktorg pggil org kurg upaya, cikgu ktorg suh pggil org kelainan upaya,
Sebabnye, mereka yakni org2 yg OKU mempunyai keupayaan yg lain, setiap ciptaan Allah s.w.t itu adalah sebaik-sebaik ciptaan, mereka boleh melakukan perkara2 yg kita sendiri x leh buat.
Berbalik kepada tajuk di atas..hehe...
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21
(biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan
dengannya..
Nota :
• Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan
kepada sesuatu penyakit
• Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down,
orang pertama yang menjelaskan penyakit
ini pada tahun 1866.
Menurut kajian , ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.

Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.

SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak Sindrom
  1. Berbadan gempal dan pendek serta badan yg agak bongkok
  2. Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat
  3. Kepala bersaiz kecil
  4. Mata sentiasa berair dan merah
  5. Mata sepet dan bentuk muka yg kecil
  6. Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
  7. Lidah yg tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir
  8. Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  9. Pertumbuhan yang lambat.
  10. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
  11. Hidung kemek
  12. Tapak tangan lebar
  13. Jari kelengkeng tangan melengkung
  14. Leher pendek dan besar
  15. Kelopak mata berlipat-lipat
  16. Sendi longgar
  17. Otot lembik
Kanak-kanak SD biasanye boleh dikenali dengan wajah mereka yg hampir sama.

Korg boleh lihat sendiri ciri-ciri yg ade pada remaja lelaki di atas.
Kanak-kanak SD ini mudah mendapat penyakit berbanding kanak-kanak biasa. Antara masalah2 kesihatan yg berkaitan SD ini ialah :
1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di
peringkat bayi dan kanak-kanak.
o Lambat atau sukar dalam pembelajaran
o Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan
awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari
doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan
kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.
2. Penyakit jantung kongenital
o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan
dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk
mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian
lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau
pembedahan.
3. Kecacatan pertumbuhan perut
o Intestinal atresia
o Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah.
Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan
kanak-kanak biasa. 4. Mudah mendapat jangkitan
o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan
doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.
5. Masalah pendengaran dan penglihatan
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
6. Gangguan fungsi Tiroid
o Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan
hormon, contohnya tiroxin
o Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk
mengawal pengeluaran hormon.
7. Barah (kanser)
o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding
kanak-kanak biasa
o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

Untuk mendapat info lebih lanjut mengenai cara ibu bapa menghandle kanak-kanak SD ini sila layari web ini http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/sindrom_down.htm.
Boleh la dpt mklumat sedikit untuk PKK.

Aku nak citer ckit, bkn ckit byk kot.
Pengalaman hidup bersama kanak-kanak SD.
Nama dia Muhammad Amar Bin Ibrahim, umur die skrg 15 thun tp seperti ciri2 di atas, fizikalnye x mencerminkan die sorg remaje 15 thun, korg leh la tgk gmbr die,
Mase aku kecik2 dulu, tym tu amar umo bpe ntah aku salu kate muke die mcm monyet...
Ya Allah, ampunkanlah dosaku ya Allah...tu tym aku jahil betul la..mase kecik2 jugak ade org ejek adik aku monyet, aku marah tp aku pun ckp cm tu gak, aku x ejek aku ckp je..
Padahal tym die baby lg aku la yg jage die..ish2, betol2 la jahil.
Tym aku form 5, blaja bio psl ape ntah tp ade citer psl kanak-kanak SD ni, kwn aku kate kanak-kanak SD ni x hidup lame selalunye, tym tu aku sedih gleer, tp lepas 2 aku sedar ajal maut Allah s.w.t yg tentukan. Mungkin ajal aku sampai dulu daripada dia..
Bersyukur sgt2 kerana dikuniakan oleh Allah seorg insan OKU yg hebat.
Dia menjadi penyeri kami sekeluarga.
"Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tempatkanlah adikku Muhammad Amar Bin Ibrahim di syurga Mu, bahagiakanlah hidupnya di dunia dan di Akhirat, Jadikanlah aku dan keluarga ku hamba yg penuh dgn kesabaran dan ketabahan dlm mendidik amanah Mu yg x terhingga ini Ya ALLAH"

Aku post ni bkn nak citer psl adik aku tp nak ckp Sindrom Down ni termasuk jugak dalam subjek PKK, bab last skali...hehe..aku tahu ramai yg ade pengalaman hidup dgn kanak-kanak OKU. Bile hidup bersama dorg hidup ini penuh dgn kesyukuran krn kita dilahirkan sempurna dan membuktikan Kehebatan dan Kekuasaan Allah s.w.t. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Sile tinggalkan komen anda selepas baca post yg merepek pg ni....

Rujukan :
pengalaman diri.,,hheheehe..

6 comments:

Kegirangan said...

syukran dibah..
Walaupun aku hanya sempt sembg dgn dia sat hri tu... best..
tpi diak ta kat aku.. ehhehee..
tedho jer...
nice pengalaman...

nani said...

tima ksh atas perkongsian ni dibah...ilmu baru ni...
masa kecik2 dlu.. pelik tgk diaorg ni...sbb tk thu kan knp..pelik sbb muka diaorg sama smua,padahal bkn adik beradik..bila dh besr ckit..baru tahu knp..mereka mmg kanak2 yg istimewa...diaorg tk mnta utk jd mcm ni..ni smua urusan Allah..kite patut sayangi diaorg sama mcm kita syg dengan org yg kita syg..
telatah diaorg akn membuatkan kita gmbira..
tiap2 kejadian yg Allah ciptakn mempunyai keistimewaan mereka trsndri..inilh tnda HEBATNYA ALLAH.
kita mstilah sntiasa mnsyukuri segala nikmt yg telah Allah berikan pada kita..

teringin nk jmpa amar~~~^___^

Anonymous said...

as'salam... adibah terharunya bace...sob3.. hng beruntung dpt pengalaman hidup bersama insan istimewa...(pengalaman xdpt dibeli,dicuri etc.)hargailah apa yg dikurniakan oleh Allah Ta'ala buatmu...^^

thanks 4 the info~~still think n hope that one shining,sunshine day...i will meet amar...n friends like him...be friend wif them...InsyaAllah...ameen...

SheqienRoslan said...

dibah!!i like diz entry...hehe

ak sbnrnye nk jd cikgu pk coz byk pengalamn ngan dak syndrom down ni waktu kat kb dlu...hehe

tp apekan daya...hehe

dibah kim slm same dia....nnt nk sgt jmpe hehe

dyana shaifulhaq said...

Aaaa, bab 7 PKK~
hehe.
Pasni smbung update utk kanak-kanak berkeprluan khas lagi tau~

dyana shaifulhaq said...

oh, agk tk senonoh la sbb baru nak komen lagi.
baru bace pas kelas tadi.

betul kan, mcm-mcm ciptaan Allah SWT buat, membuktikan betul berkuasaNya Allah dalam menjadikan, membentukkan segalanya dengan kebijaksanaan Dia.
Allahu Akbar~

Aku da ckp ngn amar thru fone, tp, tk penah jumpe.
tp, penah kene tumbuk (main-main) dgn bdk SD ni time dajah 5. tp, aku tkdelah balas sbb terkejut je time tu. tp, aku da redho la. kire, mcm best kot if dpt chance to teach them.
Pengalaman masa PBS pun masuk kelas PKPI ni, agk fun la. tgk mcm-mcm jenis gelagat dyorg n plg penting pd aku, cikgu PK ni konfemlah kene kreatif dan ada sifat sabar yang tinggi utk layan dyorg.~
Ok. Sekian~ hehe.