20100910

Muhasabah mungkin, Aidilfitri 1431 H

" Mak, bila kita nak pergi ni? " tanyaku sambil mengambil Eye-Mo di hadapan televisyen. Akhir-akhir ini seringkali kepedihan mata disebabkan angin kipas, kering. Ah, sakit juga ujian dari Allah Yang Maha Teliti.



" Lepas Asar lah, kau xsolat, takpelah, senang sikit Mak dan abang nak solat di rumah, " jawab Mak sambil membaca sms sms raya di handsetnya.



Aku kemudian memandang kosong jawapan daripada bibir mak. Mak mengingatkan tentang keuzuranku dari bersolat namun terfikir sejenak di benakku, apakah salah kita meneruskan sahaja perjalanan biarpun sebelum Asar dan sekiranya sudah kedengaran azan Asar di perjalanan ke rumah Pak Ngah di Sungai Buloh bukankah di Malaysia ini begitu banyak masjid atau surau di mana-mana? Bukankah itu yang terbaik, dan jikalau berpeluang untuk berjemaah bukankah itu kesempatan yang berharga, dan aku memandangnya jemaah itu sebagai emas.



Begitu juga dengan aurat. Ah, hal ini sememangnya terlalu sensitif. Benar, ia sakit, ia payah, ia sukar, tetapi tidakkah terfikir untuk memelihara keseluruhan apabila kita sudah asalnya Islam, bukankah kita setiap pagi apabila bangun dari tidur telah diberikan ikhtiar sama ada ke syurga atau ke neraka, kitalah yang mencorakkan jalan hidup kita sama ada dengan halal atau haram dari semua aspek. Auratnya, makanannya, kualiti kerjanya, percakapannya, ilmunya, semua itulah yang menentukan kita ke mana.



Inilah fenomena di Malaysia atau lebih khususnya di dalam keluarga Islam. Mengapa terjadinya sedemikian? Mungkin faktor yang terpenting adalah kerana tidak dibiasakan dari kecil, didikannya tidak terus menjurus ke arah Islam. Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud, ' Masuklah kamu secara keseluruhan dalam Islam.'



Jadi jika sedemikian, maka wajarlah kita sebagai generasi baru untuk menerapkan kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita pertama-tamanya, sambil itu membawa ahli keluarga kita juga ke arah Islam, dalam surah at-Tahrim ada menyebutkan pada ayat 6, ' Dan peliharalah kamu dan ahli kamu (keluarga kamu) dari azab api neraka......' Maka, jelas sekali suruhan di sini untuk kita berusaha menyedarkan segala kesilapan, kejahilan mereka ke arah kebaikan dan kebajikan. Dan Islam bukanlah sekadar lima rukun itu sahaja bukan juga enam rukun Iman itu juga, Islam adalah cara hidup. Allah Ta'ala telah menyebutkan perkara ini dalam al-Qur'an, ' Sesungguhnya Islam adalah agama paling mulia di sisi Allah.'



Lalu apakah kita sebagai hamba yang hina wajar untuk menolak perintah Tuhan Yang Maha Agung itu?



Kembali kepada Tuhanmu, renunglah kembali segala perbuatan dan kisah masa lalu, janganlah dilakukan lagi perkara dosa yang sama dan berulang, walaupun ia hanyalah dosa-dosa kecil namun ia berkemampuan untuk merebak menjadi dosa-dosa besar juga. Dan apabila sudah begitu banyak dosa kecil itu memenuhi hati, tegarkah kita untuk membersihkan lagi dosa itu, hanya taubat yang diterima. Taubat Nasuhalah paling layak kepada Allah.



Semoga taubat kita sentiasa diterima dan semoga taqwa kita semakin meningkat dari saat ke saat. Ameen.



Titipan doa ; (maksudnya)

" Dgn nama Allah, aku serahkan jiwaku, hartaku, dan agamaku kpdNya, Ya Allah ya Tuhanku, jadikan aku redha dgn keputusanMu, berikanlah keberkatan terhadap apa yg telah ditakdirkan bg diriku sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan apa yg Engkau tundakan da tidak pula penundaan apa yg Engkau segerakan."



Drpd Umar r.a drpd Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : " Apa yg menghalang seseorang drpd kamu apabila menghadapi kesusahan hidupnya utk membaca (doa tersebut) ketika keluarnya dari rumahnya. "

(Riwayat al-Dailami, no. 6346)







Ramadhan sudah pergi, namun sayunya masih menjelma.

Ramadhan itu indah bukan? Kerana ia dimuliakan oleh Allah Yang Maha Mulia.

Semoga kita akan bertemu lagi, Ramadhan 1432 H. Ameen.





Salam Aidilfitri, Syawal 1431 Hijrah.

Maaf dari hujung jilbab raya ke hujung sarung kaki.

Maaf atas segala kekhilafan diri. :)

8 comments:

Asiah Wahid said...

salam~....^_^...

terkenang kembali dosa2 lalu..insan yang jahil dari ilmu agama~..T_T..

kita bukanlah lahir dari keluarga yang sefikrah...tetapi alhamdulillah, kitalah golongan yang dipilih_NYA n masih diberi kesempatan ditarbiyah untuk mentarbiyah...walaupun begitu, masih lagi ada karat2 yang telah bermastutin di hati kita dan kadang2 mcm dah jadi penduduk tetap...bersamalah kita jadi anak2, akak2 n adek2 yang soleh, solehah , musleh n muslehah untuk mereka.

inilah yang dipertanggungjawabkan kepada kita bergelar daie...berusaha2 n teruskan usaha walaupun sedikit..T_T..

*masih lagi tertanya2, anak ustaz ustazah tapi keluarga......????

teringat cerita dalam nota hati seorang lelaki karangan ustaz pahrol...sebuah keluarga yang hanya ada seorang ayah n anak lelaki... ayah seorang begitu jahil dalam agama...anak lelaki itu yang sering berusaha menjadi anak yang soleh..akhirnya die dpt jadi anak yang soleh, seorang hafiz untuk ayahnya walaupun ayahnya sudah meninggal dunia..~

p/s: mcm entry baru la plak...^_^..selamat hari raya~

Anonymous said...

yer2.. btul tu asiah.. sama2 la.. tkut plak bila ckap pasal fmily.. mcm2 yg blaku.. setiap ahli kelas kita mempunya kisah yg pelbagai dan menarik.. menarik untuk dijadikan pengalaman dlm hidup...

mintak maaf atas segala salah dan clap.. frah banyak mencubit, menampar ker.. mintak maaf yer.. tu bukannya sengaja.. tpi hanya gurau senda..

-farah-

Unknown said...

Oh asiah. aku da bace da.
hehe. yg aku ceritakan kat ko dlm kelas arab sem 2 kan...hehe.

Farah, aku pun setuju. menarik utk dalami dan fahami, menarik juga utk berdakwah.

just 1 phrase to share;
' Allah seringkali mempertemukan kita dgn manusia yg kita tak pernah duga utk memberi pelajaran dan hikmah kpd kita. Inilah yg dinamakan Qaddarullah.'

Hmm. selamat hari raya jugak.;0

Asiah Wahid said...

heehehe~..betul sgt la tu dona...tgk, ingt smpai sekrg~..hehehe~..^_^...

selamat hari raya aidon...

Unknown said...

hehe.
mstila ingat.
ade recording kan mase tu,
kelas arab ust adnan. heh.

bes raye?
asiah, add la ym tau.

Asiah Wahid said...

haha2~...recording yang rahsia..^_^..

bestla skit...hehehe..tp letih basuh pinggan mangkuk ayun yang menimbun2~ho2....best raye?

ym cam add la~...klu the latest nyer blum lagi kot..email? deluxe786.gmail.com ke? or yahoo.com?..hehehe~

Unknown said...

best? wah, msti byk dwet raye ek asiah...ley a sponsor dwet kelas nt.

deluxe786@gmail.com
deluxe258@yahoo.com

ok
addla nt, eh, jd eh kite jmpe pg2 subuh di mbkt?

Asiah Wahid said...

ok2~..mstlah jd...di pagi ahad yg hening di mbkt...^_^..
maleh sungguh den nak blek maktab..ho2~..nnt roger2 la yerk..